Persahabatan Kekuatan Hubungan Hani & Zue

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 12:30 AM

Hani (kiri) dan Zue

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi wanita baharu iaitu Hani dan Zue yakin persahabatan mereka sejak berumur 13 tahun mampu membuatkan mereka bertahan sebagai pasangan duo dalam industri seni tanah air.

Zue atau nama sebenarnya Zuliana Mohd Eusoff, 21, berkata, persefahaman yang ada pada mereka akan menguatkan lagi semangat untuk terus mengharungi cabaran sebagai anak seni pada masa hadapan.

"InsyaAllah kami yakin dengan gabungan duo ini kerana kami memang rapat sejak tingkatan satu serta merupakan rakan sekelas.

"Jadi saya rasa kami mampu untuk bertahan dalam industri kerana kami telah memahami perangai dan sikap masing-masing," katanya kepada mStar Online.

Hani dan Zue ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu mereka berjudul Coretan Cinta di Red Box The Garden, dekat sini.

Dari kanan Hani, Zue ketika pelancaran album mereka Coretan Cinta. Turut sama Pengarah Urusan FMC Music, En Ho dan wakil syarikat pengurusan mereka, iaitu Pa'an TD.

Ini merupakan album pertama mereka yang memuatkan tujuh buah lagu bertemakan Novel Muzikal menampilkan lagu Biar, Memo Dari Sara, Sayang, Sahara, Mimpi, Jauh dan Cintamu.

Tambah Zue,  akibat mempunyai minat sama untuk bermain alat muzik dan bernyanyi ia menjadikan persahabatan mereka yang terjalin semakin akrab.

Sementara itu, bercerita mengenai album, Hani atau nama sebenarnya Nor Hanisah Hassan, 21, pula berkata, lagu dalam album itu adalah hasil ciptaan mereka sendiri.

"Ini merupakan album pertama kami dan kesemua tujuh buah lagu yang ada hasil ciptaan sepenuhnya daripada kami berdua.

"Kami mengambil tema Novel Muzikal kerana ia bersesuai dengan beberapa buah lagu yang ada dalam album ini berkisahkah mengenai  percintaan pasangan remaja masa kini," katanya.

Kedua-dua mereka bakal mengadakan persembahan  Coretan Cinta di Ruang, Shah Alam pada 14 Jun depan.

Mereka juga akan melangsungkan siri jelajah Coretan Jelajah Cinta di empat buah lokasi iaitu Johor Bahru, Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh bermula Ogos depan.

Terdahulu mereka telah diumumkan sebagai pemenang kitaran pertama Projek EP Hot FM (PEHF) yang dianjurkan oleh stesen radio Hot FM pada 10 Februari 2014.


Tags / Kata Kunci: Hani & Zue

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan