Artis Tunjuk Bakat Tarian Di FESTARI 2015

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 5:30 AM

FESTARI 2015 bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan model Zahnita bakal tampil menunjukkan bakat tarian mereka bersempena Festival Tari Malaysia (FESTARI) 2015 yang akan diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 6 Jun ini.

Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 30, berkata, dia tidak melepaskan peluang apabila ditawar untuk menari pada acara tersebut dan menganggap ianya sebagai satu cabaran.

“Saya bukanlah penari profesional tapi keinginan menari itu ada. Apabila ditawarkan peluang ini, saya tidak berfikir panjang kerana mahu mencabar diri.

“Kalau di pentas peragaan saya perlu berjalan dengan penuh gaya dan yakin diri, saya percaya di pentas tarian nanti, lenggok serta bahasa tubuh mampu disampaikan,” katanya.

Zahnita.

Sementara itu, bagi pelakon dan penyanyi Maya Matahari atau nama sebenarnya Meyanaliza Ruslee, 39, berkata, dia tidak pernah terfikir untuk menari secara umum di depan penonton tetapi mengambil ia sebagai cabaran.

Namun kata Maya, dia mungkin tidak mengalami banyak masalah kerana sudah terbiasa menari sewaktu mengdakan persembahan nyanyian sebelum ini.

“Saya pernah berlakon dan menyanyi tetapi menari memang tidak pernah terlintas sama sekali di dalam fikiran sebagai kerjaya serius.

“Sebenarnya dunia tarian itu bukan asing kepada saya. Kalau menyanyi, saya juga perlu menari ketika membuat persembahan,” katanya.

Maya Matahari.

Antara artis lain yang turut sama menjayakan persembahan tarian bagi acara tersebut ialah Vanidah Imran, Adeline Tsen dan Shiha Zikir (Mentor).

Sementara itu, FESTARI 2015 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia adalah usaha untuk melebarkan pengaruh warisan buaya dan bangsa dikalangan masyarakat.

Acara ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 4 Jun ini dan artis yang terlibat akan mengadakan persembahan tarian pada malam kemuncak iaitu 6 Jun.

Sebanyak lapan kumpulan tarian akan dipertandingkan dan juara akan memenangi wang tunai (RM10,000), naib juara (RM8,000), kumpulan harapan (RM5,000) dan koreografer terbaik (RM3,000).

Tags / Kata Kunci: Zahnita , Maya Matahari , FESTARI 2015.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan