Alif Satar Terima Anak Sulung, Alisha Anugerah

Diterbitkan: Ahad, 31 Mei 2015 12:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Alif Satar selamat menyambut kelahiran puteri sulung kira-kira pukul 9.28 pagi di Pantai Hospital Kuala Lumpur, dekat sini, pada Ahad.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 25, berkata, isterinya Shadila Halid, 31 melahirkan bayi perempuan seberat 3.24 kilogram secara normal dan kedua-dua mereka dalam keadaan baik.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan amat teruja kerana saya sendiri yang menyambut kelahiran puteri sulung saya dan memotong tali pusatnya.

"Semua berjalan dengan lancar, syukur kerana isteri saya selamat melahirkan puteri sulung kami ini," katanya kepada mStar Online pada Ahad.

Puteri Sulung Alif dan Shadila ini diberi nama Alisha Anugerah yang membawa maksud dilindungi oleh Tuhan.

Terdahulu, pasangan ini sah bergelar suami isteri pada 15 September 2014.

Tags / Kata Kunci: Alif Satar , Alisha Anugerah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan