Suami Pinta Iesya Toh Berhijab

Diterbitkan: Sabtu, 30 Mei 2015 12:30 AM

Pernikahan Iesya Toh

  • 1 of 5
  • Iesya Toh 1

    Wajah berseri Iesya Toh selepas menjadi isteri kepada Mohd Huzairee Muhamad.

  • Iesya Toh 2

    Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 32, atau Iesya Toh selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Huzairee Muhamad, 34, dengan sekali lafaz. Akad nikah diadakan di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Jumaat (29 Mei 2015). FOTO: KAMARUL ARIFFIN

  • Iesya Toh 3

    Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 32, atau Iesya Toh menerima mas kahwin RM1,001 daripada suaminya, Mohd Huzairee Muhamad, 34. Pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Jumaat (29 Mei 2015). FOTO: KAMARUL ARIFFIN

  • Iesya Toh 4

    Mohd Huzairee Muhamad, 34, melafazkan akad nikah bagi memperisterikan Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 32, atau Iesya Toh. FOTO: KAMARUL ARIFFIN

  • Iesya Toh 5

    Pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 32, atau Iesya Toh selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Huzairee Muhamad, 34, dengan sekali lafaz. Majlis disempurnakan di Wisma Berita Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Jumaat (29 Mei 2015). Foto: KAMARUL ARIFFIN.

x
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suami kepada pengacara Selamat Pagi Malaysia (SPM), Iesya Toh memberi tempoh buat isterinya untuk tampil berhijab selepas kedua-dua mereka sah diijabkabulkan pada Jumaat.

Huzairee Muhamad, 34, berkata dia memberikan sedikit masa buat isterinya untuk melakukan perubahan iaitu menutup aurat secara berperingkat.

“Mengenai berhijab, saya memberi sedikit masa pada dia dan saya mahukan perubahan berlaku sedikit demi sedikit.

“Apa yang penting, dia memahami apa yang saya mahukan dan saya berharap agar tidak perlu lagi tegur dia pada masa akan datang,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 32, selamat bernikah dengan Huzairee dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diadakan di RTM, Angkasapuri di sini pada Jumaat.


Pada majlis itu Iesya menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 berserta wang hantaran RM50,000.

Majlis resepsi pihak perempuan  diadakan di Perkarangan Wisma TV Angkasapuri, RTM pada Sabtu (hari ini) pukul 8 malam manakala majlis bertandang sebelah lelaki pula akan diadakan di Senwang, Negeri Sembilan pada 7 Jun depan.

Dalam pada itu  bagi Iesya pula, dia berasa terharu kerana bertemu jodoh dengan ahli perniagaan yang begitu tegas dalam hal agama.

Iesya  akan lakukan yang terbaik dan sentiasa patuh dengan arahan suaminya untuk berhijab suatu hari nanti.

“Kalau kita nampak Huzairee macam biasa sahaja tetapi dia sebenarnya sangat tegas dalam bab-bab agama dan Alhamdulliah saya sah bergelar isteri kepadanya.

“Saya ada cakap kepada dia supaya beri saya sedikit masa untuk berhijab dan dia sudah memberi tempoh masa itu tetapi jika terlebih dari tempoh yang diberikan dan saya masih berdegil, dia akan paksa saya,” katanya.


Tambah Iesya, suaminya seorang yang matang dan boleh dibawa berbincang namun kadang-kala nasihat yang dikeluarkan suaminya agak pedas tetapi untuk kebaikan.

Sementara itu, mengenai status kes penipuan perancang perkahwinan yang membuatkan Iesya kerugian lebih RM20,000, dia berkata individu tersebut masih belum membayar wang itu dan terus menghilangkan diri.

Walaupun dilanda pelbagai dugaan namun perkahwinan Ieysa masih diteruskan dan dia bersama pasangangannya menerima 56 tajaan daripada pelbagai pihak.

Tags / Kata Kunci: Iesya Toh

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan