Nancie Foo Berlakon Semula Selepas 20 Tahun 'Hilang'

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 3:00 AM

Nancie Foo

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon 1990-an, Nancie Foo sudah bersedia untuk berlakon kembali selepas 20 tahun berehat daripada bidang seni tempatan.

Nancie berkata, dia berbuat demikian kerana tiga anaknya iaitu Wong Ai-Dee, 22, Wong Ai-Vee, 20, dan Wong Ai-Lee,14, sudah mampu berdikari dan dia kini mempunyai masa untuk terlibat dalam lakonan.

Dahulu, selepas berkahwin, saya nekad berehat daripada dunia lakonan kerana ingin memberi fokus kepada keluarga dan anak-anak.

"Tetapi apabila mereka sudah besar, rasanya saya sudah boleh kembali berlakon. Cuma saya tidak mahu mengambil watak-watak yang terlalu berat," katanya kepada mStar Online.

Nancie ditemui pada majlis pelancaran buku We Are Family di Encorp Strand di sini pada Khamis.

Tambah Nancie, dia kini terlibat dalam drama Gerak Khas terbitan Skop Production.

Mengenai buku We Are Family, ia diterbitkan bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada rumah perlindungan untuk binatang terbiar iaitu Homeless & Orphaned Pets Exist (HOPE).

Isu kandungan buku tersebut adalah mengenai kisah-kisah menarik di antara binatang peliharaan dan tuannya.

Kisah selebrit antaranya seperti Lisa Surihani, Jaclyn Victor, Amber Chia, Maya Karin dan Adibah Noor bersama kucing kesayangan masing-masing turut dipaparkan dalam buku tersebut.

Nancie yang juga ketua kumpulan menghasilkan buku berkenaan berkata, pihaknya telah berjaya mengumpul sebanyak RM536,350 untuk disalurkan kepada HOPE.

Jumlahnya nampak banyak tetapi pihak HOPE memerlukan lagi RM500,000 untuk menguruskan rumah perlindungan tersebut.

"Saya harap pihak.kami dapat terus membantu HOPE mengumpulkan dana daripada pihak-pihak.lain pada masa akan datang," ujarnya.

Buku We Are Family yang berharga RM100 boleh dibeli dengan menghubungi talian 03-21628232.

Bagi yang ingin menderma terus kepada HOPE, boleh memasukkan wang ke akaun Persatuan Perlindungan dan Perliharaan Haiwan Terbiar Skudai iaitu 5512-0352-0262 (Maybank).

Untuk maklumat lanjut layari www.hopejb.com atau akaun  Facebook www.facebook.com/hopejb.

Tags / Kata Kunci: Nancie Foo

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan