Iesya Toh Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Jumaat, 29 Mei 2015 10:45 AM

Iesya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Huzairee Muhamad dengan sekali lafaz. Foto KAMARUL ARIFFIN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengacara Iesya Toh sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Huzairee Muhamad, 34 dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.35 pagi pada majlis yang diadakan di Wisma Berita Angkasapuri, RTM di sini pada Jumaat.

Iesya atau nama sebenarnya Nor Iesyatirradiah Sanny Toh, 32, dinikahkan oleh Imam 1 Masjid An-Nur Saujana Utama, Sungai Buloh, Mohamad Yusoff Abdullah berwakil wali bapanya Sanny Toh Abdullah.

Pada majlis berkenaan, pengacara itu menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 berserta wang hantaran RM50,000.

Pengantin lelaki turut menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk tepak sirih, senaskah Al-Quran, jam tangan, wangian, dompet dan tas tangan.

Mohd Huzairee  mencium dahi Iesya selepas diijabkabulkan.

Sebagai balasan, pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang iaitu sirih junjung, Al-Quran, sejadah, kek, beg bimbit, wangian, jam tangan, beg dan sepasang kasut.

Iesya ketika ditemui melahirkan rasa syukur majlis berkenaan berlangsung dengan selamat dan berharap perkahwinannya dengan Mohd Huzairee akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

"Rasa gementar itu pasti ada pada mana-mana pasangan pengantin dan Alhamdulillah majlis hari ini berjalan dengan selamat selain ia turut dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat.

"Kini kami memasuki alam rumah tangga dan berharap semua mendoakan kebahagian kami berdua," ujarnya.

Mohd Huzairee ketika melafazkan akad nikah pada majlis yang diadakan di Wisma Berita Angkasapuri pada Jumaat.

Pada majlis itu, seramai 200 tetamu hadir menyaksikan pernikahan itu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Antara rakan artis yang turut hadir pada majlis ini ialah Ieda Moin, Elyana, Zulin Aziz, Falisha Crossley, Sharifah Shahora, Intan Suraya, Adzrin Azhar, Shasha Al Khred, DJ Ninie dan Sarah J yang bertindak sebagai pembawa dulang bagi pihak Iesya.

Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Perkarangan Wisma TV Angkasapuri, RTM pada Sabtu ini manakala majlis bertandang pula akan diadakan di Senawang, Negeri Sembilan, 7 Jun depan.

Pasangan itu sebelum ini melalui pelbagai dugaan sebelum bergelar suami isteri selepas ditipu perancang perkahwinan dan mengalami kerugian lebih RM20,000.

Tags / Kata Kunci: Iesya Toh , RTM.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan