Kerjaya Seni Perlahan, Mawi Tumpu Tiga Perniagaan

Diterbitkan: Khamis, 28 Mei 2015 5:50 AM

Mawi

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerjaya seni yang semakin perlahan tidak pernah menggusarkan Mawi kerana dia masih mampu mencari rezeki menerusi perniagaan yang dijalankan.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 34, berkata, dia melihat hasil keuntungan perniagaannya lebih berbanding pendapatan nyanyian dan perkara itu membuatkan dia ingin lebih fokus terhadap bidang niaga.

"Alhamdulillah, hasil pendapatan saya lebih pada perniagaan, bukan karier seni seperti dulu.

"Bagaimanapun saya tidak akan berhenti menyanyi kerana itu minat saya. Cuma saya tidak seaktif dulu. Sebaliknya mahu fokus terhadap perniagaan yang dilakukan," katanya kepada mStar Online.

Mawi ditemui pada sidang media percutian “Kembara Menyelusuri Kegemilangan Sejarah Islam Andalusia Di Sepanyol” bersama Mawi di sini pada Rabu.

Tiga jenis perniagaan yang dilakukan Mawi ialah produksi penerbitan dan pengurusan majlis (Mawi World Sdn Bhd), pengusaha butik (UniQuein).

Mawi (kanan) bersama Muhammad Abd Latif.

Dalam pada itu, beritahu Mawi, perniagaan butiknya juga dikembangkan apabila  UniQuein turut dibuka di Johor Bahru berkonsepkan kafe butik.

Sementara itu, mengenai percutian tersebut, seramai 40 orang berpeluang bercuti bersama Mawi selama 10 hari di bawah agensi pelancongan Speed Travel & Tours Sdn Bhd.

Menurut pengarah urusannya, Muhammad Abd Latif, dia memilih Mawi sebagai duta percutian itu memandangkan mereka pernah bekerjasama pada tahun 2005 dan 2006.

"Kami pernah menjalinkan kerjasama menerusi pakej percutian seperti ini dan sudah pun menjadi kawan baik.

"Jadi rasanya tidak salah untuk membawa Mawi sekali lagi ke Sepanyol pula bersama para peminatnya.

"Saya percaya peminat-peminat tegar Mawi pasti merindui suasana bercuti bersamanya seperti yang pernah dianjurkan sebelum ini," ujarnya.

Sepanjang 10 hari tersebut, para peminat berpeluang mengunjungi Madrid, Toledo, Cardoba, Seville, Granada,Murcia, Valencia dan Barcelona.

Harga pakej percutian itu bermula dari RM8,690 sehingga RM10,150. Tempahan  boleh dilakukan menerusi talian 03-89204090 atau 017-2591932

Selain itu tempahan juga boleh dibuat menerusi e-mel safirgotravel@gmail.com.
Tags / Kata Kunci: Mawi

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan