Juara Dewi Remaja Tolak Tawaran Belajar Untuk Jadi Selebriti

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 12:30 AM

Raysha Rizrose bersama kakaknya Nelydia Senrose.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose, 18, terpaksa menangguhkan hajatnya untuk belajar dalam bidang undang-undang semata-mata mahu bergelar seorang selebriti.

Adik kepada pelakon Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose ini berkata walaupun membuat keputusan itu namun dia berazam untuk menggengam ijazah dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Sebelum masuk Dewi Remaja, saya berhasrat ingin sambung pelajaran pada Jun ini tetapi apabila sudah menang, saya tukar perancang belajar kerana mahu menimba ilmu dan pengalaman dalam lakonan, nyanyian dan pengacaraan.

“Namun saya saya akan pastikan dalam masa lima tahun lagi saya akan dapatkan ijazah dalam jurusan undang-undang di Taylor’s University,” katanya kepada mStar Online.

Raysha Rizrose  

Pada malam Kemuncak Glam Pesona Dewi Remaja Finale  yang diadakan di Signature, First Avenue, di sini pada malam Ahad lalu, Raysha berjaya menduduki tempat pertama yang melayakkan dia menerima wang tunai RM10,000.

Dia juga dianugerahkan Dewi Berseri (Fair & Lovely).

Dalam pada itu Raysha berkata, dia bersedia jika masyarakat cuba membandingkan dia dengan dua orang kakaknya yang bergelar pelakon.

“Mula-mula masuk Dewi Remaja saya sudah bersedia dengan apa jua cabaran kerana setiap perkara yang kita buat orang akan bercakap lagi-lagi saya adik kepada mereka.

“Saya bersyukur memenangi Dewi Remaja hasil daripada usaha sendiri dan saya akui perbandingan lakonan saya dan kakak selepas ini pasti akan berlaku tetapi saya akan buat sebaik mungkin,” katanya.

Tambah Raysha, dia memasuki program ini bukan hanya untuk mengejar populariti tetapi bagi mencuba sesuatu yang baru dan juga mahu mencabar diri yang dikatakan pendiam.

Raysha merupakan Dewi Remaja termuda dalam sejarah pertandingan itu kerana sebelum ini kesemua pemenang berusia dalam lingkungan 20-an.

Sementara itu, bagi pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 peserta Syamim Farid, 23 diumumkan tempat kedua dan Balqish Maarif, 25, tempat ketiga.
Tags / Kata Kunci: Dewi Remaja , Raysha Rizrose

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan