Kesenangan Azharina Hasil Uruskan Empat Syarikat

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 5:45 AM

Azharina Azhar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Azharina menyangkal dakwaan yang mengatakan dia ditaja orang atasan sehingga mampu hidup mewah pada masa kini.

Azharina atau nama sebenarnya Azharina Azhar, 30, berkata selama lima tahun menyepikan diri dalam industri hiburan, dia sibuk menguruskan perniagaannya sendiri.

“Saya sekarang sangat sibuk kerja di belakang tabir. Hanya orang dalam industri sahaja yang tahu apa yang saya buat.

“Bukan sahaja saya perlu menguruskan satu perniagaan tetapi empat syarikat iaitu Azharina Entertainment, Top 3 Production Sdn Bhd, Nina Co Resources dan Glam Media Production,” katanya dalam nada bergurau kepada mStar Online.

Azrina menunjukkan single terbaharunya.

Azharina ditemui ketika pelancaran single Cinta Kita Selamanya di Wisma Rampai, di sini pada Isnin.

Selain itu, Azharina berkata berkat usahanya selama ini membolehkan dia menebus pasaran antarabangsa dengan penghasilan dokumentari khas.

“Saya dah buat hampir 500 dokumentari untuk RTM sahaja dan terbaru saya buat dokumentari untuk Discovery Channel.

“Bagi Nina Co Resources, saya buat pelaburan hartanah dengan membeli rumah yang dilelong dan saya sewakan. Setakat ini saya sudah memiliki hampir enam buah rumah. 

“Orang ingat lepas bergelar janda terus saya menyendiri sedangkan siang dan malam mencari duit,” katanya.

Tambah Azharina, dia juga turut menghasilkan dokumentari untuk Travel and Living Channel seperti Exotica Malaysia dan Pakcik Mabul Kima Kam.

Dalam pada itu, selepas lima tahun menyepi, Azharina kembali dengan single Cinta Kita Selamanya yang merupakan hasil terbitan bersama FASTYLE dan Azharina Entertainment.

Lirik lagu tersebut ditulis Puteri Balqish Agalan dan mendapat sentuhan dari komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan.
Tags / Kata Kunci: Azharina

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan