"Stacy Semakin Hampir Kearah Dekati Islam" - Akim

Diterbitkan: Selasa, 26 Mei 2015 3:00 AM

Akim Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Stacy semakin hampir ke arah untuk memeluk agama Islam dalam usaha menerima kekasihnya, Akim Ahmad sebagai suami.

Perkara itu disahkan oleh Akim, 24, yang juga sudah bersedia untuk mendidik wanita itu agar menjadi muslim sejati.

"Dia (Stacy) sudah makin hampir kearah itu (untuk memeluk agama Islam) dan Alhamdulillah family sudah boleh menerima hubungan antara kami berdua.

"Sebenarnya untuk saya mendidiknya tiada masalah, untuk kata saya ini sempurna tidak juga tetapi hasil daripada didikan yang diberikan oleh keluarga saya, cukup lengkap dan saya tahu batas-batas serta hukum kerana apa yang penting adalah niat," jelasnya kepada mStar Online.

Akim ditemui pada majlis Sinari Kemulian Ramadan Bersama Yeo's Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya di Grand Ballroom, Aloff KL Sentral, Kuala Lumpur di sini, Isnin.

Para artis yang terlibat Sinari Kemulian Ramadan Bersama Yeo's Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya.

Antara artis yang hadir ialah Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG (Hot FM) dan Heliza Helmi.

Ditanya mengenai perancangan perkahwinan mereka Akim berkata, buat masa ini dia sedang berusaha untuk memenuhi beberapa perkara lain sebelum benar-benar sedia menggalas tanggungjawab bergelar suami.

"Sebenarnya untuk ke peringkat seterusnya saya perlu menyiapkan banyak benda dalam  kehidupan. Apabila berkeluarga kita perlu bataskan segala kemahuan kita, jadi perkara seperti itu saya belum bersedia kerana masih ada lagi keinginan yang perlu dipenuhi," katanya.

Tambah Akim, dia tidak mahu keinginannya itu terhalang selepas berumah tangga jadi dia mengambil pendekatan untuk memenuhi segala kemahuannya  sebelum mengakhiri zaman bujangnya.

"Mungkin apabila kita masih single segala kemahuan serta kehendak diri dapat dipenuhi dan saya terpaksa menarik handbreak apabila sudah berkeluarga nanti," katanya.

Stacy

Dalam perkembangan lain, Akim bersama kumpulannya Akim & The Majistret dalam proses mengeluarkan album terbaharu bertajuk Patriot pada tahun ini.

Bercerita mengenai Sinari Kemulian Ramadan Bersama Yeo's Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya, seluruh warga Malaysia bersama bintang-bintang terkenal akan melakukan kerja amal dengan memberi sumbangan kepada golongan memerlukan dengan pembelian produk air minum kotak Yeo’s.

Resit hasil daripada pembelian harus disertakan dan penyertaan perlu dilakukan melalui aplikasi WeChat untuk memenangi hadiah bernilai RM300,000.

Kempen berkenaan bermula pada Khamis ini sehingga 5 Julai depan.
Tags / Kata Kunci: Akim Ahmad , Stacy

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan