Zul Ariffin Sangkal Bersikap Angkuh Tolak Tawaran Drama

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 5:00 AM

Zul Ariffin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menyangkal tuduhan kononnya dia bersikap angkuh apabila menolak tawaran lakonan yang diberikan untuk siaran sebuah televisyen bukan komersial.

Zul atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 29, berkata, khabar angin tersebut ternyata mengarut  memandangkan dia tidak pernah bersikap seperti itu.

"Khabar angin itu langsung tidak benar. Ia boleh menjejaskan reputasi saya sebagai pelakon," katanya ringkas ketika dihubungi mStar Online menerusi aplikasi Whatsapp pada Ahad.


Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan Zul dikatakan telah menolak tawaran lakonan dengan sikap yang angkuh  sehingga membuatkan penerbit drama tersebut tergores hati.

Dalam pada itu, Zul juga dikatakan semakin berlagak malah sudah mula mengupah beberapa pengawal keselamatan untuk menjaganya apatah lagi mula berasa rimas kerana sering diserbu peminat.

Sementara itu, Zul menegaskan bahawa tidak pernah mengupah sebarang pengawal keselamatan sebaliknya hanya menggajikan seorang pembantu peribadi.

"Bukan pengawal keselamatan, tetapi PA (pembantu peribadi). Kalau saya nak upah pengawal keselamatan, saya akan pastikan individu tersebut lebih besar daripada saya.

"Tetapi individu bersama saya itu kecil daripada saya. Sebenarnya tidak ada apa yang perlu diperjelaskan atau komen kerana khabar angin itu mengarut," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Zul kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Rindu Awak 200% Raya bersama aktres Ayda Jebat untuk tayangan sambutan Aidilfitri nanti.

Tags / Kata Kunci: Zul Ariffin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan