Raysha Rizrose Juara Dewi Remaja 2014/2015

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 12:07 AM

Raysha Rizrose dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja edisi 2014/2015.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peserta Raysha Rizrose, 18, diumumkan pemenang Dewi Remaja edisi 2014/2015 pada malam Ahad.

Pemenang diumumkan oleh pengacaranya aktor Kamal Adli dan She Nabilla.

Mahkota kemenangan  disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2009/2010 iaitu Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa.

Raysha Rizrose turut membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Selain itu, dia turut memenangi kategori Dewi Berseri (Fair And Lovely).

Dia juga adik kepada pelakon Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose.

Sementara itu, peserta Syamim Farid, 23, pula diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dengan memenangi kategori Dewi Menawan (Sunsilk).

Manakala peserta Balqish Maarif, 25, diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga. 

Peserta Mawar Rashid, 19, memenangi kategori Dewi Kegemaran dan Fify Azmi, 25, pula menang sebagai Dewi Persahabatan.

Antara finalis realiti Dewi Remaja.

Selain Raysha Rizrose, Syamim Farid, Balqish Maarif, Mawar Rashid dan Fify, peserta Deeba Halil, 24, turut bersaing pada peringkat akhir program tersebut.

Untuk cabaran pusingan akhir, kesemua finalis diuji dengan sesi soal jawab bersama panel juri yang terdiri daripada Erra Fazira dan Edry Abdul Halim selaku juri tetap.

Turut bersama dua juri berkenaan ialah Scha Alyahya, Farah Hussamuddin (Pengarah Kreatif Kumpulan Karangkraf), Ridduan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ridduan TTFGA (Jurugambar Bebas) selaku juri jemputan.

Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 disiarkan secara tertunda pada pukul 10 malam Ahad secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135).

Ia mula disiarkan pada setiap Sabtu bermula 4 April lalu secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135) bermula 4 April 2015.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan