Pelakon Raja Farah Bercerai Talak Satu - Berita Hiburan | mStar

Pelakon Raja Farah Bercerai Talak Satu

Diterbitkan: Isnin, 25 Mei 2015 10:28 AM

Raja Farah ditemui pemberita selepas selesai prosiding penceraiannya di di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

KUALA LUMPUR: Pelakon Raja Farah Raja Aziz, 27,  bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan di sini pada pagi Isnin.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Saat bahagia Raja Farah dan Megat Bashirun.

Raja Farah yang ditemui selepas prosiding berkata, dia dan Megat bercerai secara baik tetapi dengan bersyarat yang enggan didedahkan.

"Kami  bercerai kerana sudah tiada persefahaman. Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu syarat-syarat yang dipersetujui bersama itu," katanya.

Pada prosiding itu, Raja Farah ditemani bapa, Raja Aziz Raja Ngah dan peguamnya Muhammad Nur Hafiz Roslan manakala Megat hadir bersama ayahnya, Datuk Zakaria Brahim.

Megat berkata, dia redha dengan penceraian itu dan bergarap agar kedua-dua mereka dapat menjeruskan kehidupan seperti biasa.

"Saya terima akan ketentuan ini. Di harap kami dapat meneruskan  kehidupan dengan hal masing-masing," ujarnya.

Terdahulu Raja Farah telah memfailkan permohonan cerai pada 5 Mei lalu.

Raja Farah dan Megat telah bernikah pada 12 November  2010 di Bukit Jelutong. Bagaimanapun, hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Tags / Kata Kunci: Raja Farah
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan