Persatuan Artis Pelapis Seru Tidak Tunggu Ramadan Beri Sumbangan

Diterbitkan: Ahad, 24 Mei 2015 5:30 AM

Persatuan Artis Pelapis Malaysia (PELAPIS) menyeru semua pihak tidak hanya menunggu kehadiran bulan Ramadan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Artis Pelapis Malaysia (PELAPIS) menyeru semua pihak tidak hanya menunggu kehadiran bulan Ramadan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim kerana bantuan sepatutnya dihulurkan secara berterusan.

Presidennya, Datuk Hazmimi Johar berkata, lima bulan pertama iaitu Januari hingga Mei adalah tempoh kritikal golongan tidak bernasib baik itu di mana mereka memerlukan bantuan sementara menunggu kehadiran Ramadan.

"Menerusi maklumat yang saya terima lima bulan pertama adalah waktu kritikal buat mereka dan saya menyeru agar semua pihak dapat memberi sumbangan tidak kira sama ada sebelum atau selepas Ramadan," katanya.

Sebuah program doa selamat, tahlil dan tazkirah bagi meraikan anak-anak yatim Al-Nasuha dan Ibu Tunggal telah diadakan oleh pihak PELAPIS yang bertempat di Kampung Melayu Wira Damai Gombak dekat sini, baru-baru ini.

Pelakon dan pelawak Abon memberikan ucapan.

Majlis berkenaan turut mendapat kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),Kelab Prihaatin Malaysia, Koperasi Ibu Tunggal dan Kumpulan Marhaban Muslimah Masjid KLCC.

Ia turut diserikan dengan kehadiran barisan artis seperti Datuk Malek Ridzuan, Abon dan Salwa Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Hazmimi berkata, dia berharap artis tempatan dapat bersama-sama persatuan tersebut untuk menyertai program yang sedang diaturkan sepanjang Mei dan Jun.

Katanya, kehadiran barisan artis sedikit sebanyak dapat memberikan keceriaan selain meringkan beban golongan tersebut.

Anak yatim menerima sumbangan.

“Tujuan kami mengadakan majlis ini adalah untuk meraikan anak yatim dan pada masa yang sama membuat majlis tahlil dan doa selamat bagi ahli keluarga yang telah pergi.

"Program kemasyarakatan seharusnya perlu diperbanyakkan lagi bagi membantu mereka yang memerlukan dan penglibatan selebriti sebenarnya banyak membantu," jelasnya.

Sementara itu, Hazmimi berkata, pada majlis berkenaan, pihak JPAM turut menayangkan video bantuan kemanusian kepada mangsa banjir di Dabong, Kelantan baru-baru ini.

Malah pihaknya turut membuat sumbangan pakaian terpakai yang dikumpul dan diserahkan kepada JPAM untuk dihantar ke Nepal yang mengalami kejadian gempa bumi.


"Majlis diserikan alunan marhaban dari kumpulan marhaban KLCC, bacaan Tahlil dan doa selamat beserta tazkirah bertajuk pahala bersedekah kepada anak yatim yang di ketuai oleh Ustaz Syed Mohd Annas Syed Ab Hamid.

"Sumbangan wang tunai turut diberikan kepada anak-anak Yatim, ibu tunggal selain Al Quran dan sejadah dari Kelab Prihatin Malaysia,Persatuan Artis Pelapis Malaysia, Koperasi Ibu Tunggal dan Kumpulan Marhaban Muslimah Masjid KLCC," ujarnya.

Majlis dihadiri oleh 70 orang Anak-Anak Yatim Al-Nasuha dan 50 tetamu termasuk dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Koperasi.

Tags / Kata Kunci: PELAPIS.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan