Ditipu Komposer, Reena Nicky Tidak Serik Hasilkan Album

Diterbitkan: Sabtu, 23 Mei 2015 12:32 AM

Reena Nicky

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Reena Nicky berkata, tiada istilah serik dalam hidupnya untuk memeriahkan dunia seni tanah air walaupun beberapa single yang dikeluarkan kurang mendapat sambutan.

Reena atau nama sebenarnya Nik Azlina Nik Dir, 36, berkata, bukan sahaja single sebaliknya dia juga sudah mengahsilkan sebuah album penuh yang memuatkan sembilan buah lagu berjudul Penuh Magika.

"Walaupun gagal sekali bukan alasan untuk saya terus berputus asa untuk hasilkan album kerana ia adalah minat saya sejak kecil untuk menjadi seorang penyanyi.

"Walaupun single sebelum ini kurang mendapat sembutan saya amat teruja kerana impian yang dihasratkan selama ini untuk mengeluarkan sebuah album sendiri akhirnya terlaksana," katanya kepada mStar Online.


Reena Nicky (kiri) bersama waklil Warner Music ketika pelancaran albumnya, Penuh Magika di Menara Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Album yang dilancarkan pada Khamis lalu itu memuatkan lagu antaranya Sampai Saat Ini, Lama Terpisah, Terbaik Buat Kita, Sedarlah Semua,Anak Seni,Katakan Ya Pada Dunia, Cinta Yang Terpatri dan Hebat Gemamu Aidilfitri.

Ia diedarkan oleh syarikat rakaman Warner Music.

Dalam pada itu tambah Reena, dia menjadikan pengajaran masa lalu ditipu seorang komposer sehingga kerugian berpuluh ribu ringgit sebagai semangat untuk berjaya dalam kerjaya seni itu.

"Saya jadikan isu dulu itu sebagai pengajaran dan belajar daripada kesilapan kerana tidak semestinya bila jatuh kita tak boleh bangun semula untuk berjaya.

Reena Nicky

"Bila ada semangat dan disiplin yang kuat ia akan mendorong untuk saya terus berjaya serta perlu untuk kuatkan semangat agar perkara yang terjadi itu biarlah ia dijadikan sebagai pengajaran.

Tambahnya Reena lagi, dia berbelanja besar untuk merialisasikan hasratnya mengeluarkan album pertamanya ini apabila kerjasama dengan enam komposer serta penulis lirik terhebat tanah air.

Sementara itu, Reena berkata, pelaburan yang dilakukan ini amat berbaloi kerana apa yang diusahakan berjaya direalisasikan hasil usaha sendiri.

Tags / Kata Kunci: Reena Nicky

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan