Yasin & Brothers Muncul Dengan 'Sabar' Selepas 10 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 3:00 AM

Dari kiri; Faiz, Yasin, Salleh dan Syah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan nasyid Brothers membuat kemunculan semula dengan menghasilkan album kelima setelah 10 tahun menyepi dalam industri muzik tanah air.

Salah seorang ahlinya iaitu Yasin Sulaiman, 40, berkata, kemunculan kumpulan Brothers adalah untuk menawan semula hati orang ramai menerusi lagu-lagu yang disampaikan.

"Sebenarnya kumpulan Brothers ini tidak berpecah tetapi masing-masing sibuk dengan tugasan sendiri sehingga Ramadan tahun lepas kami berjumpa dan merancang untuk menghasilkan album.

"Kemunculan semula dilakukan kerana ramai peminat menanyakan bila kami mahu membuat kemunculan semula jadi kami mengambil keputusan untuk keluarkan album agar ia dapat menawan semula hati peminat yang menunggu selama 10 tahun," katanya kepada mStar Online.

Yasin berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album terbaharu kumpulan Brothers berjudul Sabar di Talent Lounge, PJ Trade Centre, Damansara Perdana di sini, Rabu lalu.

Yasin Sulaiman

Ini merupakan album kelima kumpulan Brothers yang memuatkan lima buah lagu iaitu Demi Cinta, Kamaresyah, Tawakallah, Allahuma dan Sabar.

Dalam pada itu tambah Yasin, kelainan yang terdapat pada album Sabar merupakan evolusi muzik baru yang ingin diketengahkan kepada pendengar.

"Kami sebenarnya ingin mengetengahkan vokal yang terdapat pada setiap anggota kumpulan Brothers berbanding muzik.

"Apa yang menariknya pada album ini ialah semua lagu yang didendangkan merupakan vokal brothers berhamoni jadi penggunaan muzik kurang digunakan," katanya.

Sementara itu, Yasin berkata, album tersebut mengisahkan tentang kehidupan masa kini yang memerlukan kesabaran dan sikap tolak ansur untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Tambahnya Yasin, album ini banyak memberi motivasi kepada orang ramai  supaya bersabar walaupun pelbagai dugaan yang datang.

"Kesabaran perlu ada pada setiap orang dalam menempuhi hari yang mencabar dan kami ingin berkongsi apa yang hendak disampaikan menerusi lagu," katanya.

Album kelima kumpulan Brothers ini boleh didapati secara digital menerusi iTunes, Amazon, Spotify, KKBox dan Deezer.

Dalam perkembangan yang sama, kumpulan Brothers sedang merancang untuk mengadakan konsert  bagi mempromosikan album berkenaan.

Selain Yasin, Brothers turut dianggotai oleh Salleh, Faiz dan Syah.
Tags / Kata Kunci: Brothers , Yasin Sulaiman

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan