Wan Elyas Muncul Semula Selepas Tinggalkan Kerjaya Pramugara

Diterbitkan: Jumaat, 22 Mei 2015 12:45 PM

Wan Elyas tidak pernah menyesal tinggalkan bidang lakonan untuk bergelar pramugara.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Wan Elyas tidak pernah menyesal dengan tindakannya tinggalkan bidang lakonan ketika namanya sedang meningkat naik untuk bergelar pramugara Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selama dua tahun.

Wan Elyas atau nama sebenarnya Wan Elyas Wan Abdullah, 34, berkata, keputusannya ketika itu bukan di dorong faktor kecewa sebaliknya ia dilakukan atas pilihannya sendiri.

"Saya bukan menghilang tetapi mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia lakon dan bekerja sebagai pramugara adalah pilihan saya sendiri.

"Tiada kaitan dengan saya kecewa dengan industri kerana saya ingin mengutip pengalaman lain dalam hidup saya," katanya kepada mStar Online.

Wan Elyas ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonan terbaharunya, Gamatisme yang diadakan di Cathay Cineplex E@Curve di sini.

Wan Elyas pernah popular menerusi drama Dunia Baru.

Pelakon itu sebelum ini pernah popular menerusi watak Tajol dalam drama bersiri Dunia Baru dan Dunia Baru The Movie.

Dalam pada itu, Wan Elyas berkata, dia mengakui sering menerima usikan kononnya dia sudah tidak menerima tawaran lakonan sehingga menyebabkan dia mencari pekerjaan tetap.

Bagaimanapun dia tidak berkecil hati dengan pandangan tersebut kerana pekerjaannya itu telah mengubah pandangannya terhadap kehidupan.

"Saya tidak mahu terus berasa selesa dengan di mana saya berada dan ingin menyelami tentang kehidupan yang mungkin tidak pernah saya ketahui.

"Menjadi pramugara membolehkan saya bertemu dengan pelbagai jenis manusia dan dari situ saya banyak belajar.

Wan Elyas bersama pengarah Hitler Zami (tengah) dan Syazwan Zulkifly (paling kiri) pada majlis tayangan perdana filem Gamatisme.

"Jujur bukan mudah bekerja sebagai pramugara seperti mana dalam bayangan orang lain tetapi saya bersyukur dan tidak menyesal memilih jalan tersebut," katanya yang berkhidmat dengan syarikat berkenaan selama dua tahun dari 2011 hingga 2013.

Sementara itu, Wan Elyas berkata, dia kini sudah kembali bersedia untuk merancakkan kembali karier lakonannya dan tidak kisah untuk bermula kembali dari bawah.

"Sepanjang dua tahun bertugas sebagai pramugara saya masih menerima tawaran daripada produksi tetapi terpaksa menolak kerana terikat dengan kontrak bersama MAS.

"Insya-Allah dengan kemunculan Gamatisme dapat merancakkan kembali karier lakonan saya," katanya.

Gamatisme arahan Hitler Zami bakal ditayangkan pada 298 Mei ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Nabila Huda, Syazwan Zulkifly dan Adeline Tsen.

Tags / Kata Kunci: Wan Elyas , Gamatisme.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan