Rozita Che Wan Lebih Bertuah Pada Usia 40-an

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 5:31 AM

Rozita menggayakan barang kemas Elegance Club.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan mengakui sejak usianya mencecah 40 tahun, dia banyak menerima tuah dan menggap hidupnya seperti baru bermula.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 42, berkata dia berasa bersyukur kerana masih mampu aktif dalam setiap kerjaya pada usia seperti ini  selain menjadi contoh kepada wanita di luar sana.

“Kebanyakkan perempuan takut apabila mencecah umur 40 an tetapi bagi saya kehidupan saya bermula pada usia ini.

“Ramai orang kata lelaki lebih menonjol pada usia lanjut sebenarnya kejayaan boleh bermula pada bila-bila masa jika kita menjaga penampilan serta kerjaya,” katanya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis pertunjukan fesyen lebaran oleh Ridzuan Bohari di Elegance Club, Bangsar, di sini pada Rabu.

Che Ta menggayakan pakaian koleksi Ridzuan Bohari.

Selain itu, Rozita berkata dia menerima tuah selepas usia meningkat mungkin kerana faktor rezeki dan tidak takut mencuba sesuatu yang baru.

"Jika nak dilihat semula, saya berkahwin dengan Zain pada usia 40 tahun kemudian menerima cahaya mata ketika usia 41 tahun dan bila mencecah 42 tahun pula, saya menerima tawaran menjadi duta untuk beberapa produk.

“Bagi perempuan di luar sana, selagi kita mampu buat sehabis baik lakukan sahaja dan jangan cakap bila dah tua tak boleh nak aktif, tak mampu bergaya dan tidak endahkan soal kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu, Rozita yang mengayakan rekaan Ridzuan Bohari untuk koleksi lebaran pada tahun ini turut sama memakai perhiasan dari Elegance Club.

Antara rakan artis yang hadir pada pertunjukkan fesyen tersebut ialah Alyah, Zahnita dan Linda Jasmin.

Dalam perkembangan lain, Rozita baru saja menjadi duta untuk produk kecantikan Rysya Skincare dan bakal melancarkan produk minyak wangi dengan menggunakan label Precious RCW.
Tags / Kata Kunci: Rozita Che Wan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan