Faezah Elai Selesa Berlakon Bawah Arahan Suami Kerana Berhijab

Diterbitkan: Khamis, 21 Mei 2015 5:30 AM

Faezah Elai lebih selesa berlakon dibawah arahan suaminya sejak bertudung. Foto Ihsan Instagram Julia Betty Benafe.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai memberitahu lebih selesa berlakon di bawah arahan suaminya, Heykal Hanifah sejak dia mengambil keputusan untuk berhijab pada Februari lalu.

Faezah, 33, berkata, dengan cara itu lebih mudah bagi dia memilih watak yang bersesuaian dengan imejnya sekarang agar boleh menjaga batas wanita bertudung.

"Bukan tidak mahu berlakon di bawah pengarah lain tetapi kadang-kadang saya tidak dapat memenuhi kehendak watak diberikan kerana saya kini sudah bertudung dan saya perlu menjaga batasan.

"Bagi mengelakkan masalah, lebih baik saya berlakon bawah arahan suami, sekurang-kurannya dia faham jika saya tidak selesa melakukan sesuatu yang tidak bersesuaian dengan imej sekarang," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Faezah, dia masih menerima tawaran daripada produksi lain dan menerima sekiranya ia bersesuaian dengan imejnya kini.

Dalam pada itu, Faezah menjelaskan dia enggan mengulas mengenai keputusannya bertudung sejak Februari lalu kerana tidak mahu memperbesarkan hal berkenaan.

Sebaliknya Faezah berkata, sudah tiba masanya dia menutup aurat kerana ia bukan sesuatu yang pelik.

"Tiada apa yang ingin saya jelaskan berhubung keputusan itu cuma sudah tiba masanya saya berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, Faezah berkata, selain berlakon dia kini sedang giat mempromosikan produk penjagaan wajah keluarannya iaitu Purest.

Jelasnya, inspirasi dalam penghasilan produk berkenaan selepas dia mengalami masalah wajah yang agak teruk sebelum ini.

"Buat masa ini saya belum melancarkan produk berkenaan secara rasmi sebaliknya menggunakan medium media sosial untuk menjualnya.

"Alhamdulillah selepas saya sendiri amalkan produk berkenaan ia memberi kesan positif dan barulah saya berani menjualnya kepada orang lain.

"Insya-Allah sambutan menggalakkan dan berharap dapat melancarkannya secara rasmi nanti," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Wadi untuk siaran slot Zehra di TV3.

Tags / Kata Kunci: Fezah Elai.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan