Sharnaaz Jadi Pengusaha Produk Kolagen Hasil Wang Lakonan

Diterbitkan: Rabu, 20 Mei 2015 4:00 AM

Sharnaaz bersama produk kolagen miliknya.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon Shaarnaz Ahmad melebarkan cabang kerjayanya apabila memperkenalkan produk makanan tambahan kolagen yang diusahakannya hasil wang lakonan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, berkata produk yang diberi nama Biogenesis itu dijalankan bersama keluarga bawah syarikat Science & Technology (Sciencetech) miliknya.

"Alhamdulillah produk ini merupakan hasil usaha daripada titik peluh saya sendiri dan juga keluarga.

"Kebiasaannya kita lihat banyak kolagen di pasaran hanya untuk wanita tetapi kali ini saya tampilkan produk Biogenesis yang boleh diminum oleh lelaki juga," katanya kepada mStar Online.

Sharnaaz ditemui sewaktu pelancaran produk Biogenesis collagen di Ruang, Seksyen 16, di sini pada Selasa.

Sharnaaz mula dikaitkan bercinta dengan Anis Al-Idrus tetapi mereka menafikannya. Foto dari Instagram Sharnaaz.

Selain itu, Sharnaaz berkata produk ini mempunyai pelbagai khasiat yang terbukti berkesan dalam masa yang singkat.

"Biogenesis ini memberi kesan dari segi anti penuaan, penghidratan, melembutkan serta memberi keanjalan kulit kerana mempunyai khasiat vitamin C, L-Glutathione dan glukos.

"Mesti saya sendiri perlu mencuba produk ini terlebih dahulu dan ramai jugak kenalan yang tegur apabila lihat perubahan kulit muka saya," katanya.

Selain menjadi pengasas, Shanaaz turut menjadi duta bagi produk ini.

Ia dijual pada harga RM170 untuk satu unit yang mampu bertahan selama satu bulan pengunaan.

Sementara itu mengenai hubunganya dengan model Anis Al-Idrus, Sharnaaz menafikan sedang bercinta dan menganggap hubungan mereka setakat ini hanya sekadar teman rapat.

Anis Al-Idrus yang  hadir sewaktu pelancaran Biogenesis menjadi pengacara pada majlis tersebut.
Tags / Kata Kunci: Sharnaaz Ahmad , Anis Al-Idrus

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan