Wings Angkat Warisan Melayu Dalam Konsert Jun Depan

Diterbitkan: Selasa, 19 Mei 2015 5:30 AM

Awie (dua dari kanan) bersama anggota Wings.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wings bakal mengentengahkan lagu berkonsepkan rock dan tradisional pada konsert berjudul 'Wings Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia' yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada 10 Jun depan.

Vokalisnya, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 47, berkata, konsert tersebut  adalah untuk menghormati dan menyanjungi adat serta warisan bangsa Melayu yang akan diterjemahkan dalam bentuk lagu.

"Konsert ini diadakan adalah untuk menyatukan semula orang Melayu dan dalam masa yang sama saya mahu peminat memahami bait-bait lirik yang terdapat dalam lagu disampaikan," katanya pada sidang media konsert itu Lambang Sari, Istana Budaya, di sini, Isnin.

Sementara itu, tambah Awie, kebanyakan peminat cuma tahu menyanyikan lagu Wings tetapi mereka tidak menghayati apa sebenarnya yang hendak disampaikan  pada sesebuah lagu.

Katanya, menerusi konsert yang diadakan, orang ramai akan mengetahui apa yang diperjuangkan oleh Wing menerusi lagu yang disampaikan kerana terdapat pelbagai segmen akan diperkenalkan bagi tujuan berkenaan.

Nantikan konsert 'Wings Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia' pada Jun depan.

"Bagi saya kebanyakan pengikut Wings cuma tahu menyanyi tanpa mengerti mesej yang hendak disampaikan jadi dengan adanya konsert ini mereka akan memahami perjuangan Wings selama ini.

"Ini bukan konsert rock sahaja tetapi kami juga mempunyai pelbagai segmen menarik supaya dapat memberi semangat kepada orang ramai untuk menghayati dalam memperjuangkan hak-hak Melayu," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Awie berkata, terdapat pelbagai keunikan yang akan ditonjolkan dalam persebahan kali ini.

Tambahnya, persembahan mereka akan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan termasuk memperkenalkan muzik tradisional.

"Kombinasi muzik rock dan bunyi-bunyian tradisional daripada gamelan, nobat , serunai dan gambus akan mengasyikan konsert kali ini kerana ia merupakan sebuah konsert yang tidak pernah disaksikan sebelum ini." katanya.

Harga tiket menyaksikan persembahan ini dijual dengan harga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305 dan RM450.

Pembelian tiket secara dalam talian boleh dilakukan di www.AirAsiaRedtix.com
Tags / Kata Kunci: Wings , Awie

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan