Siti Nurhaliza Masih Terkesan Kehilangan Nenek

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 5:00 AM

Datuk Siti Nurhaliza. Foto IZZRAFIQ ALIAS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti NUrhaliza Tarudin mengakui pemergian arwah neneknya iaitu  Teh Te’ek, 91, pada Selasa lalu masih lagi memberi kesan yang mendalam buat dirinya.

Siti, 36, berkata, dia sebak apabila melihat ibunya, Siti Salmah Bachik yang selama ini menjaga arwah Teh terpaksa melalui dugaan kehilangan orang yang tersayang.

"Arwah nenek seorang yang tidak banyak bercakap tetapi saya tahu dia sentiasa sokong setiap perkara yang saya lakukan. 

"Masih ingat lagi ketika saya melaram baju mak waktu  kecil, dialah yang rajin memuji.

"Tetapi saya lebih kasihankan mak kerana dia antara anak yang paling rapat dengan arwah nenek. Dia juga menjaga nenek sepanjang arwah tidak sihat. Dan yang banyak menerima kesannya adalah mak," katanya.

Siti memasak sambil menyanyi pada majlis Mother's Day Miracle Night with Datuk Siti Nurhaliza 

Siti ditemui pada  majlis Mother's Day Miracle Night with Datuk Siti Nurhaliza di Pusat Konvensyen TM di sini pada malam Jumaat.

Pada Selasa lalu, nenek kepada penyanyi nombor satu negara itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lipis, Pahang kerana sakit tua.

Allahyarham Teh menghembuskan nafas terakhir selepas dua minggu terlantar di hospital.

Sementara itu, mengenai persembahan hari ibu itu, Siti berkata, dia cuba mengawal perasaan mengingati neneknya ketika membuat persembahan.

"Ketika menjayakan majlis ini, saya cuba kawal perasaan untuk tidak terlalu emosi.

"Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tak sangka saya boleh membuat gimik memasak untuk salah seorang ibu yang hadir sambil menyanyi. Takut juga kalau gimik itu tidak menjadi.


"Apa-apapun yang penting saya dapat memberikan kenangan manis buat ibu tersebut," ujarnya yang menyampaikan lebih lapan buah lagu popularnya pada malam itu.

Majlis makan malam yang dianjurkan oleh OMGFest itu turut meraikan seramai 30 orang anak yatim dari Pusat Jagaan Budaya Harapan serta mengumpulkan sumbangan untuk tabung kebajikan mereka.

Selain itu majlis yang berlangsung hampir tiga jam itu turut diacarakan oleh pelawak Nabil dan Angah.

Tags / Kata Kunci: Datuk Siti Nurhaliza

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan