Lapan Peserta Mara Ke Peringkat Akhir 'Juara Pujaan 2015'

Diterbitkan: Ahad, 17 Mei 2015 4:30 AM

Lapan peserta bakal berentap pada peringkat akhir pertandingan Juara Pujaan 2015 pada 24 Mei depan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai lapan peserta diumumkan berjaya ke peringkat akhir pertandingan Juara Pujaan 2015 yang diadakan secara langsung di Angkasapuri di sini pada malam Sabtu.

Lapan peserta tersebut ialah Iris, Syafeek, Rahman, Atira, Mimi, Syahz, Zharif dan Alynn. Pada pertandingan itu, seramai 14 peserta diberi tugasan untuk menyanyikan lagu bertemakan pop etnik.

Para peserta diadali oleh juri profesional tetap iaitu penyanyi Juliza Adzlizan, Edykismirladi dan komposer Pak Ngah sebagai juri jemputan.

Pertandingan tersebut turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan bertenaga daripada penyanyi etnik kreatif Noraniza Idris menyampaikan lagu Dikir Puteri dengan iringan muzik oleh komposer Pak Ngah.

Pada malam itu, komposer Pak Ngah telah dipilih sebagai Ikon mingguan pada minggu ini bersesuaian dengan tema pop etnik.Acara pada malam itu dikendalikan oleh pengacara Alif Hadi yang digandingkan bersama penyampai radio RTM iaitu DJ Odey dari Nasional FM dan Azrul.

Juara Pujaan merupakan rancangan untuk mencari penyanyi-penyanyi baharu yang mempunyai minat dan kecintaan yang mendalam terhadap lagu-lagu malar segar untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang seni suara tanah air.

Peringkat akhir Juara Pujaan 2015 akan berlangsung pada 24 Mei di Auditorium Perdana, Angkasapuri, RTM secara langsung menerusi saluran TV2 atau myklik.rtm.gov dan di RTM Mobile.

Para peserta yang berjaya masuk ke peringkat akhir akan menyampaikan sebuah lagu bertemakan Rock.

Tags / Kata Kunci: juara pujaan 2015

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan