'Kerana Dia Juga Cikgu' Angkat Jasa Pendidik

Diterbitkan: Sabtu, 16 Mei 2015 12:20 AM

Syafiq Kyle

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Telefilem Kerana Dia Juga Cikgu bakal mengetengahkan tentang jasa tidak ternilai pendidik bersempena Sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun.

Penerbit Langkah Karya Production sdn Bhd, Datuk Hazmimi Johar berkata, menerusi drama berkenaan ia dapat menyedarkan masyarakat terutama ibu bapa yang kadang-kala mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dan menyerahkan tugas berkenaan kepada guru.

"Drama ini banyak memberi kesedaran kepada kita yang seringkali abaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dan pada masa sama inginkan anak mereka menjadi seorang yang cemerlang.

"Kerana Dia Juga Cikgu didedikasikan kepada seluruh pendidik yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa sehingga mengecap kejayaan bersempena Sambutan Hari Guru," katanya.

Kerana Dia Juga Cikgu bakal disiarkan menerusi slot Cereka Ahad pada Ahad pukul 10.30 malam di TV3.



Ia membariskan pelakon seperti Azhan Rani, Rita Rudaini, Syafiq Kyle dan Adik Zikeie manakala Keoi Haji bertindak sebagai pengarah.

Tambahnya, bersempena Hari Guru drama berkenaan cukup istimewa untuk tontonan seisi keluarga dalam mengenang jasa seorang guru.

Dalam pada itu, Hazmimi berkata, barisan pelakon yang menjayakan drama berkenaan turut memberikan yang terbaik terutamanya Syafiq Kyle yang memegang watak sebagai Cikgu Adam.

"Syafiq memberikan lakonan cemerlang sebagai Cikgu Adam ditambah dengan gandingan Rita Rudaini dan Azhan Rani yang melengkapkan drama ini," ujarnya.

Kerana Dia Juga Cikgu mengisahkan mengenai seorang pelajar iaitu Hakim yang bersikap degil dan mengabaikan pelajaran sehingga memaksa ibu bapanya mengupah seorang guru tuisyen untuknya.

Pelbagai cara digunakan Hakim untuk menguris Cikgu Adam namun lelaki itu tidak berputus asa membantunya dalam pelajaran.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan