Lana Nodin Selamat Bergelar Isteri Jurulatih Bola Tampar AS

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mei 2015 10:47 AM

Lana kelihatan anggun di hari pernikahannya. FOTO: @avicennastudio & @bungastudio

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Pelakon Lana Nodin selamat bergelar isteri kepada seorang warganegara Amerika Syarikat (AS), Mohd Daud McKienzie, 35, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.35 pagi Jumaat.

Majlis pernikahan itu berlangsung di Restoran Kim Ma, Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan di sini.

Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 35, dan Mohd Daud dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Al-Islah Serdang Raya, Ustaz Mohd Ramizi Ramli berwalikan bapa pengantin perempuan, Hasan Nodin Mohd Zaidi.

Pada majlis pernikahan itu, Daud menyerahkan mas kahwin berjumlah AS$10,000 (RM32,000) dan sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Mohd Daud diapit aktor Fauzi Nawawi ketika lafaz nikah. Foto: Avicenna studio & Bunga Studio.

Lana turut menerima lima dulang hantaran manakala Mohd Daud yang merupakan pemain sukan bola tampar AS menerima tujuh dulang hantaran daripada aktres itu.

Pada majlis itu, seramai 300 tetamu hadir menyaksikan pernikahan termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

"Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Agak berdebar juga tadi. Doakan hubungan kami kekal selama-lamanya," ujarnya.

Antara selebriti yang hadir ialah Julia Ziegler, Sasha Saidin, Aishah Ilias, Sharifah Nadia, Fauzi Nawawi dan isterinya Lisdawati.

Tags / Kata Kunci: Lana Nodin , nikah

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan