Imej Bertudung Bukan Punca Kerjaya Ila Damiaa Malap

Diterbitkan: Khamis, 14 Mei 2015 1:31 PM

Ila Damia tidak melihat imejnya yang bertudung sebagai punca karier nyanyiannya tidak mendapat perhatian.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan bekas peserta program Mentor 4, Ila Damiaa menyangkal tuduhan kerjayanya masih malap disebabkan imej bertudung dan lagu hip hop yang dibawanya tidak bersesuaian.

Ila atau nama sebenarnya Ila Damiaa Johar, 26, berkata, umum sudah mengetahui imejnya itu sejak dia menyertai pertandingan Mentor selain yakin peminat muzik pada hari ini tidak menilai seseorang artis berdasarkan penampilan tetapi bakat dan muzik diketengahkan.

"Saya tidak bersetuju imej saya bertudung menjadi punca muzik yang saya bawa tidak diterima pendengar kerana umum tahu penampilan saya sejak dalam Mentor lagi.

"Malah pihak syarikat rakaman iaitu Kartel Records dan mentor saya, Joe Flizzow tidak pernah mempertikaikan imej saya kerana paling penting adalah bakat dan usaha saya," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ila berkata, bukan semua artis bernasib baik dan dia perlu meningkatkan usaha agar bakatnya disedari peminat.

Ila bakal muncul dengan muzik berentak balada ciptaan komposer terkenal, Ajai.

Pun begitu, Ila tidak menafikan adakalanya dia berasa kecewa apabila usahanya tidak mendapat perhatian namun perasaan itu tidak pernah mematahkan semangat.

"Perasaan kecewa itu timbul kerana orang luar tidak tahu kesukaran menghasilkan sesebuah lagu yang melalui proses panjang dan apabila ia tidak mendapat sambutan sudah tentu saya sedih.

"Tetapi perasaan itu bukan bererti saya mengalah sebaliknya akan terus mencuba kerana nyanyian adalah minat dan cinta saya cuma masanya belum tiba," ujarnya.

Sementara itu, Ila berkata, dia bertuah mendapat seorang mentor seperti Joe kerana bekas ahli kumpulan Too Phat itu banyak mendorongnya supaya tidak berhenti berusaha dalam mengejar impiannya dalam bidang nyanyian.

Ila turut menyifatkan Joe sebagai seorang yang prihatin dan bertanggungjawab dalam memastikan kariernya sentiasa bergerak.

"Alhamdulillah, sejak program Mentor tamat Joe banyak memberi motivasi kepada saya biarpun adakalanya saya agak kecewa apabila masih belum berada di tahap yang saya inginkan.

Mentor Ila, Joe Flizzow.

"Bagi menaikkan semangat saya, Joe banyak berkongsi pengalaman yang turut pernah melalui saat sukar selepas Too Phat terkubur dan dari situ saya sentiasa positif," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ila berkata, dia kini sedang merakamkan sebuah lagu berentak balada ciptaan Ajai dan berharap ia akan mendapat sambutan pendengar.

Bagaimanapun dia bukan meninggalkan genre hip hop dan pop tetapi percubaannya itu sebagai membawa kelainan dalam kariernya.

"Selepas berbincang pihak syarikat rakaman mahu saya mencuba menyanyikan lagu berentak balada dan Joe sendiri memilih Ajai untuk menghasilkan lagu tersebut.

"Saya memilih lagu balada bukan kerana tidak diterima dengan muzik hip hop dan pop tetapi ingin mencuba kelainan dan melihat peluang itu sebagai keuntungan kerana berpeluang mencuba pelbagai genre," katanya.

Tags / Kata Kunci: Ila Damia , Joe Flizzow.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan