Zoey Akhirnya Jadi Hero Filem Selepas 12 Tahun Berlakon

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 6:00 AM

Zoey Rahman

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Selepas 12 tahun menjadi pelakon, Zoey Rahman akhirnya berjaya membuktikan dia bukanlah artis ‘sendu’ apabila buat pertama kalinya ditawarkan memegang watak utama  dalam filem Aku Haus Darahmu.

Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 30, berkata, dengan tawaran yang diterima itu, dia juga berharap tidak lagi diberi peranan untuk menjadi remaja sekolah.

"Sebelum ini orang menanggap saya ‘muka jambu’ tidak boleh mendapat watak ganas tetapi saya sudah buktikan muka jambu ini mampu masuk ke peringkat program Fear Factor dan membuktikan keupayaan melakukan aktiviti lasak.

"Saya rasa mungkin orang di luar sana sudah nampak bakat saya untuk membawa watak lebih berat. Beberapa drama saya sebelum ini, saya bawa watak orang jahat dan ia amat berkesan kepada penonton.

"Kini saya hendak tunjukkan walaupun bermuka jambu, saya mampu untuk melakonkan pelbagai watak yang diberi," katanya kepada mStar Online.

Imej terkini Zoey Rahman.

Zoey ditemui pada majlis sidang media Raya-Merdeka bring chef Home di eCity Hotel Ballroom, di sini Selasa.

Dalam pada itu, Zoey berkata  dia kini lebih memilih watak terutamanya dalam membuang imej remaja selain lebih selesa dengan penampilan yang lebih dewasa berbanding dahulu.

"Saya juga banyak mengubah penampilan supaya dilihat lebih dewasa dan tidak lagi memakai baju-baju yang terlalu terang dan banyak warna.

"Kini penampilan saya lebih kepada pemakaian formal supaya menjadi lebih matang sesuai dengan umur saya ini ," katanya.

Sementara itu, Zoey berkata, untuk menambahklan kematangan dia  banyak menghabiskan masa di gim agar dapat membesarkan sedikit saiz badannya.

Zoey mula dikenali menerusi bidang pengacaraan dalam program kanak-kanak Gerak Geri Gasing yang pernah bersiaran di Astro Ceria.
Tags / Kata Kunci: Zoey

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan