Artis Terkenal Di 'Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015'

Diterbitkan: Rabu, 13 Mei 2015 12:33 AM

Antara yang terlibat dalam Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015.

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Barisan artis popular bakal memeriahkan Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 menerusi dua siri konsert pada acara yang bakal berlangsung pada 29 Mei hingga 1 Jun depan.

Pengerusi Kelab Belia Profesional Taman Tunku, Shahril Hamdan berkata, penglibatan artis dalam karnival itu diyakini dapat menarik lebih banyak pengunjung sekali gus memperkenalkan sukan pantai kepada orang ramai.

"Insya-Allah seperti dirancang pihak kami akan membawa barisan artis popular untuk mengadakan persembahan pada karnival yang julung kali diadakan itu.

"Pengaruh selebriti itu sangat penting dan mampu menarik minat pengunjung sekali gus menjadi objektif kami untuk memperkenalkan sukan pantai secara meluas," katanya ketika sidang media karnival itu yang diadakan di Ruang di sini, Selasa.

Antara artis yang bakal terlibat adalah Altimet, Ila Damia, Mark Adam, Waris, Sleeq, Salam Musik dan One Nation Emcee.

Karnival Sukan itu bakal diadakan di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Tambah Shahril lagi, beberapa artis lain seperti Shaheizy Sam, DJ Lin, Intan Ladyana dan DJ Fuzz akan berniaga di tapak bazar disediakan selain aktiviti lain.

Dalam pada itu, Shahril berkata, penganjuran acara itu diharap dapat mengumpulkan golongan belia untuk beriadah dengan melakukan pelbagai aktiviti luar sekaligus mempopularkan sukan pantai.

Jelasnya lagi, pihaknya bukan sahaja memfokuskan kepada penyertaan masyarakat tempatan malah pelancong asing sebagai salah satu promosi pelancongan.

"Besar harapan kami karnival ini akan mendapat sambutan luar biasa daripada segenap lapisan masyarakat termasuk pelancong asing yang sedang bercuti di Port Dickson.

"Acara ini mampu menjadi daya penarik pada masa hadapan sebagai salah satu acara tahunan yang menjadi tarikan antarabangsa," jelasnya.

Pada sidang media sama, Shahril turut memperkenalkan duta Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 iaitu jaguh Triathlon, Mohd Amran Abd Ghani.

Antara jenis sukan yang ditawarkan pada acara itu termasuk Triathlon, Bola Sepak Pantai, Bola Tampar Pantai, Jet Ski, Kayak, Paragliding, Sepak Takraw dan Aerobikton.

Karnival itu turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan kerajaan negeri selain badan bukan kerajaan (NGO) menerusi tajaan.

Hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 menanti untuk acara Triation, RM10,000 (bola sepak pantai), RM18,000 (bola tampar pantai) dan RM6,000 (sepak takraw).

Untuk maklumat lanjut mengenai penyertaan karnival itu boleh melayari laman web www.ksp.com.my.

Tags / Kata Kunci: Sukan Pantai , Port Dickson

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan