Mimi (One Nation Emcee) Nikah Pensyarah Hujung Mei

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 5:36 PM

Mimi (One Nation Emcee)

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Ahli kumpulan One Nation Emcee iaitu Mimi memilih pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) sebagai bakal suami dan akan melangsungkan pernikahan pada hujung bulan ini.

Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, 28, berkata, buat masa ini dia terpaksa merahsiakan dahulu tarikh pernikahan itu atas permintaan keluarganya.


"Insya-Allah saya akan bernikah pada penghujung bulan ini tetapi saya terpaksa merahsiakan tarikh pernikahan tersebut atas permintaan keluarga.

"Majlis itu akan dibuat secara sederhana sahaja dan bakal dihadiri kaum keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online.

Mimi

Mimi ditemui pada sidang media Karnival Sukan Pantai Port Dickson 2015 di Ruang di sini, Selasa.

Karnival itu bakal berlangsung pada 29 Mei hingga 1 Jun di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Dalam pada itu, Mimi berkata, bakal suaminya itu yang dikenali sebagai Firdaus, 29, adalah rakannya sejak kecil namun hubungan mereka benar-benar serius sejak tiga tahun lalu.

"Dia sangat memahami diri saya selain dapat menerima diri saya seadanya," ujarnya.

Sementara itu, Mimi berkata, majlis resepsi perkahwinannya akan diadakan pada 7 November depan di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Mimi juga tidak berhasrat berkongsi gambar pemuda itu.
Tags / Kata Kunci: Mimi , One Nation Emcee

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan