Peserta Malaysia Gagal Ke Final 'AGT' Kerana Tiru Budaya Barat - David Foster

Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 1:30 AM

David Foster (kanan) dan Melanie C ketika hadir pada sidang media 'Asia's Got Talent' di Kuala Lumpur pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Juri program Asia's Got Talent (AGT) iaitu David Foster menjelaskan kegagalan peserta dari Malaysia iaitu Sada Borneo melangkah ke peringkat akhir pertandingan itu disebabkan mereka gagal mempamerkan keaslian budaya dalam persembahan yang ditampilkan.

David yang juga pemenang Anugerah Grammy berkata, persembahan kumpulan itu banyak dipengaruhi oleh budaya Barat selain gagal dalam mengangkat keunikan budaya yang ingin ditonjolkan.

"Bagi saya mereka (Sada Borneo) tidak cuba menunjukkan budaya mereka dengan cara tersendiri tetapi sebaliknya mereka lebih meniru budaya Barat.

"Pada persembahan uji bakat, saya pernah memberitahu mereka tidak perlu menggunakan gitar elektrik dalam persembahan kerana keaslian alatan muzik yang digunakan sudah cukup unik.

"Bagaimanapun mereka degil dan tetap menggunakan gitar bes pada persembahan di peringkat separuh akhir dan itu menjadi punca kekalahan mereka," katanya kepada mStar Online.

David ditemui pada sidang media mempromosikan rancangan keputusan akhir Asia's Got Talent di Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur, di sini pada Isnin.

Sembilan peserta akhir AGT bakal mengetahui nasib mereka pada Khamis ini dalam rancangan yang bakal disiarkan di saluran Astro AXN (saluran 701) dan AXN HD (saluran 721).

Ia akan bermula pukul 8.05 malam. 


mStar Default Image
David Foster (kanan) dan Melanie C menjawab soalan pemberita.

Peserta akhir AGT terdiri daripada Gao Lin & Liu Xin (China), Gwyneth Dorado (Philippines), Triqstar (Jepun), Junior New System (Philippines), Khusugtun (Mongolia), Gerphil Geraldine Flores (Philippines), El Gamma Penumbra (Philippines), The Talento (Thailand) dan Dance Thrilogy (Singapura) .

Dalam pada itu, David berkata dia amat terkejut dengan kebolehan yang dipamerkan oleh para peserta AGT kali ini dan mengagumi bakat yang terdapat di negara asia.

"Terdapat pelbagai bakat yang unik di negara Asia ini menanti untuk diketengahkan dan saya percaya ramai bintang bakal lahir pada masa hadapan dari negara Asia.

"Kami percaya AGT merupakan satu platfom untuk mereka tunjulkan bakat yang ada dan saya berbangga menjadi sebahagian daripadanya," jelasnya lagi.

Sementara itu, bekas anggota kumpulan Spice Girl iaitu Melanie C, yang juga merupakan juri tetap berkata, dia amat teruja untuk berada di Asia dan mengakui kebolehan yang ditonjolkan oleh setiap peserta AGT.

"Saya berasa peserta daripada AGT amat luar biasa kerana mereka menunjukan persembahan menarik yang setaraf antarabangsa dengan serta cara tersendiri," katanya.

Terdahulu, juri telah memilih tiga orang peserta manakala para penonton telah memilih enam peserta berdasarkan undian untuk mereka menempah slot ke peringkat akhir AGT.

Para peserta yang dipilih sebagai juara AGT bakal membawa pulang hadiah utama bernilai RM360,000,00 (USD100,000) dan akan mendapat peluang kembali ke Singapura untuk membuat persembahan di Marina Bay Sands.

Asia’s Got Talent disertai peserta-peserta dari 14 buah negara seluruh Asia.

Selain mereka berdua, turut menjadi juri pada AGT ialah penyanyi Anggun dan penyanyi Taiwan-Amerika, Van Ness Wu.   
Tags / Kata Kunci: Asia's Got Talent , David Foster , Melanie C

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan