"Saya Bukan Popular Untuk 'Demand' Bayaran" - Syarul Ridzwan

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 5:31 AM

Syarul menyangkal dakwaan dia mula 'demand' terhadap bayaran lakonan diterimanya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Syarul Ridzwan menjelaskan popularitinya sebagai artis belum berada di tahap yang membolehkannya bersikap 'demand' soal bayaran.

Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 26, berkata, gosip mengatakan dia mula meminta bayaran tinggi sebelum bersetuju menerima sebarang tawaran sama sekali tidak benar dan menegaskan harganya masih sama.

"Saya tidak meletakkan harga mahal seperti mana didakwa lagipun saya bukan popular sangat malah kehadiran saya masih baharu berbanding pelakon lain.

"Dakwaan itu sama sekali tidak benar dan harga bayaran masih boleh dirunding," katanya kepada mStar Online menerusi Whatsapp pada Ahad.

Pelakon drama bersiri Hati Perempuan itu mengulas dakwaan kononnya dia kini mula meletakkan harga tinggi kepada produksi yang ingin mengambilnya berlakon.

Dalam pada itu, Syarul berkata, sepanjang bergelar pelakon dia tidak pernah berhadapan dengan sebarang masalah atau ada pihak mempertikai soal bayaran kepadanya.

Malah katanya, sebagai artis baharu dia sentiasa terbuka untuk berbincang soal bayaran yang ditawarkan pihak produksi.

"Alhamdulillah setakat ini saya tidak pernah berhadapan dengan masalah atau pun rungutan daripada pihak produksi berhubung bayaran.

"Saya masih meletakkan harga yang sama sebelum ini bergantung kepada karakter dan jalan cerita.

Sementara itu, Syarul berkata, gosip berkenaan tidak melemahkan semangatnya kerana menganggap ia sebagai asam gram dunia hiburan.

"Saya anggap ini adalah asam garam dan usikan daripada pihak tertentu apabila saya masuk ke dalam industri ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Syarul Ridzwan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan