Isu Bersentuhan: Izzue Islam Bukan Berlagak Alim

Diterbitkan: Isnin, 11 Mei 2015 5:33 AM

Izzue menjelaskan keputusannya enggan bersentuhan dengan wanita bukan muhrim bukan untuk berlagak alim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Izzue Islam tidak pernah berniat untuk berlagak alim apabila memutuskan untuk tidak bersentuhan dengan wanita bukan mahram.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 25, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia merupakan hak individu yang tidak patut dipertikaikan.

"Saya tidak faham apabila ada orang ingin mempersoalkan perkara seperti itu kerana saya lakukan demi kebaikkan bersama.

"Saya bukan hendak berlagak alim atau menunjuk bagus tetapi ia hak peribadi saya dan berharap orang ramai dapat menghormati keputusan saya," katanya kepada mStar Online.

Izzue berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu dia meletakkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan mana-mana wanita yang bukan mahram bagi menjaga statusnya sebagai seorang suami.

Izzue  (kiri) turut menjaga jaraknya ketika bergambar bersama rakan artis, Nora Danish ketika majlis tayangan perdana filem terbaharunya, Suami Aku Ustaz.

Dalam pada itu, Izzue mengakui, dia kini turut meletakkan syarat sama terhadap sebarang tawaran berlakon supaya ia tidak bertentangan dengan keputusan yang diambil.


Jelas Izzue, dia akan terlebih dahulu berbincang dengan pengarah berhubung watak diberikan supaya tidak timbul salah faham di kemudian hari.

"Saya tidak memilih watak tetapi meletakkan syarat terhadap sesuatu watak yang ditawarkan kerana ia adalah untuk kebaikan serta menjaga adab lelaki dan perempuan.

"Sebelum menerima sebarang tawaran saya akan berbincang dahulu bersama pengarah supaya tidak melakukan adegan berpegangan tangan atau 'body contact' sebaliknya ia ditukar dengan cara lain," jelasnya.

Izzue tidak menafikan keputusan itu demi menjaga hati isteri, keluarga dan faktor dia sudah berkahwin.

Tambah Izzue, banyak cara lain yang boleh dilakukan selain berpelukan atau bersentuhan bagi menghidupkan sesuatu watak.


Sementara itu, Izzue berkata, keputusan itu diambil bagi menjaga hati isterinya dan keluarga selain ingin menjaga statusnya sebagai seorang suami dan tuntutan sebagai seorang Islam.

Dalam perkembangan lain, Izzue sedang sibuk mempromosikan filem kedua lakonannya bertajuk Suami Aku Ustaz yang akan ditayangkan pada 14 Mei ini.
Tags / Kata Kunci: Izzue Islam , Suami Aku Ustaz.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan