Rashidi Ishak Rehat Berlakon Demi Peace Yall FM

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 12:44 AM

Rashidi Ishak kini merupakan CEO bagi stesen radio Peace Yall FM. Foto M.AZHAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Rashidi Ishak mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada membabitkan diri di bidang lakonan bagi memberi tumpuan kepada stesen radio bervisual baharu, Peace Yall FM.

Rashidi yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Peace Yall FM berkata, dia perlu memberikan komitmen penuh terhadap stesen radio milik rakannya, Datuk AC Mizal memandangkan ia masih baharu dan memerlukan pemerhatian sepenuhnya.

"Sejak beberapa bulan lalu saya 'letak jawatan' sebagai pelakon buat sementara waktu kerana mahu fokus terhadap kerjaya saya sekarang ini.

"Bagaimanapun, bukan bermaksud saya mahu bersara terus. Minat lakonan dalam diri masih kuat dan tak mungkin saya tinggalkan bidang yang saya sayang begitu sahaja," katanya kepada mStar Online.

Peace Yall FM  merupakan radio bervisual yang bersiaran 24 jam sehari dan beroperasi sepenuhnya melalui sistem interaktif aplikasi di 'Apps Store' bagi pengguna Apple iOs atau 'Google Play Store' untuk pengguna sistem peranti Android.

Deejay Peace Yall FM dibarisi barisan pelakon dan pelawak popular seperti Adlin Aman Ramlie, Joey Daud, Sobri Anuar, Emelda Rosemilda, Syuk (Balas), Acong, Fad (Bocey), Vicha dan Bochil daripada kumpulan Saywho.

Selain itu, seramai 10 penyampai baharu yang antaranya seperti Kiki, Wirda, Haili, Elfe, Aizat Ishak, Rendy Ricky, Aqinna, Elfie Azlan, Iema Haris dan Jeed Zulkifli turut mengendalikan stesen tetsebut mengikut segmen masing-masing.

Sementara itu, Rashidi berkata, menerima jawatan CEO juga merupakan impian isterinya aktres Vanidah Imran yang mahu dia turut terlibat di dalam sektor korporat.

"AC Mizal telah menawarkan saya menyertai Peace Yall FM pada Februari tahun lalu. Dia memberitahu mahu membina satu platform media online dan mahu saya sertainya.

"Kemudian apabila kami adakan perbincangan dan dia menjelaskan lebih terperinci tentang projek ini, saya nampak yang kami sebenarnya mempunyai visi sama sebab saya juga ada membuat kajian yang mana pelaburan menerusi online ini sekarang memang trend masa kini.

"Jadi, saya tidak ambil masa lama untuk terima tawaran ini. Tambah pula, menjadi ahli korporat merupakan impian Vanidah. Kiranya saya tunaikan permintaan isteri saya juga," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Rashidi Ishak

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan