Gara-Gara Foto Selfie Bersama KJ, Luqman Jadi Pelakon

Diterbitkan: Ahad, 10 Mei 2015 12:43 AM

Luqman ingin berjaya di bidang lakonan. Foto ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Gara-gara bergambar selfie bersama Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin, pelakon baharu, Luqman mendapat tawaran berlakon menerusi filem Ola Bola.

Luqman atau nama sebenarnya Muhd Luqman Hafidz, 24, berkata pihak produksinya iaitu Astro Shaw memberikan peluang kepadanya berlakon memandangkan foto tersebut turut diletakkan di dalam resume yang dihantar kepada syarikat berkenaan.

“Saya dimaklumkan ia merupakan filem bertemakan bola sepak. Pada tahun 2014 saya menerima anugerah pemain terbaik sewaktu Khairy Jamaluddin Cup.

Saya sempat mengambil selfie bersama beliau dan gambar tersebut saya letakkan di dalam resume. Tidak sangka saya dipanggil untuk ujibakat seterusnya,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, Luqman juga tidak menafikan anugerah yang diterima itu menjadi faktor utama dia terpilih untuk berlakon dalam filem tersebut Tambahnya, dia turut terkejut apabila ditawarkan watak utama kerana pada awalnya dia hanya mahu menjadi pelakon tambahan sahaja.

Foto selfie Luqman bersama Khairy Jamaluddin.

“Gambar selfie itu mungkin antara tarikannya tetapi rasanya faktor utama saya dipilih kerana mampu bermain bola sepak dan pernah memenangi anugerah itu.

“Saya memang terkejut kerana terus diberi skrip ketika menghadiri uji bakat. Rupa-rupanya saya antara nama yang disenarai pendek sebagai pelakon untuk filem ini,” katanya.

Luqman yang memegang watak sebagai Ali, pemain berjersi 10 ini memaklumkan pihak produksi menyediakan kelas selama dua bulan untuk pelakon yang terlibat bagi menghayati watak.

Disamping itu, filem ini merupakan filem pertama lakonannya, dan agak gementar di awal penggambaran namun dia mendapatkan nasihat dari pelakon, Bront Palarae yang turut membintangi filem ini.

Filem Ola Bola yang diarahkan oleh pengarah box-office The Journey, Chiu Keng Guan mengambil inspirasi daripada kegemilangan Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Malaysia sewaktu berjaya memasuki Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

Tags / Kata Kunci: Luqman

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan