Isteri Restu Hubungan Rapat Boy Iman & Effa Maembong

Diterbitkan: Sabtu, 9 Mei 2015 4:00 AM

Boy mengakui sedang berkawan rapat dengan kakak kepada aktres Emma Membong iaitu Effa Maembong.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Boy Iman menjelaskan isterinya, Kumala Dewi Anas tidak pernah menghalang malah merestui hubungan rapat dia dengan kakak kepada aktres Emma Maembong iaitu Effa Maembong yang sudah terjalin sejak tiga bulan lalu.

Boy atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 35, berkata, keterbukaan isterinya terhadap hubungan rapat mereka menyangkal semua dakwaan kononnya Kumala mahu bercerai kerana dia curang.

"Isteri tahu saya sedang berkawan dengan Effa dan mereka pernah bertemu semasa anak kami dimasukkan ke hospital dan isteri menerima kehadiran Effa dengan baik.

"Paling mengejutkan saya, mereka berdua pula menjadi semakin akrab sejak pertemuan itu dan mereka juga pernah beberapa kali keluar bersama sehingga membuatkan saya keliru kerana isteri sepatutnya berasa marah terhadap saya.

Boy Iman bakal membuat permohonan untuk bercerai pada Isnin depan.

"Tetapi penerimaan Kumala terhadap Effa menjawab punca kami ingin bercerai bukan disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi disebabkan masalah kewangan yang sedang kami hadapi seperti saya jelaskan sebelum ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Boy dan Kumala berkahwin pada 11 November 2011 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Norul Emmer berusia setahun enam bulan.

Pasangan itu sepatutnya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dekat sini pada 2 April lalu untuk mendaftarkan permohonan bercerai namun tidak berbuat demikian.

Boy bagaimanapun memberitahu dia akan membuat permohonan cerai di mahkamah sama pada Isnin ini.

Dalam pada itu, Boy berkata, biarpun dia teragak-agak untuk bercerai namun kegagalannya membuat permohonan cerai sebelum ini memberi banyak hikmah kepadanya.


Rumah tangga yang dibina bersama Kumala selama tiga tahun dikurniakan seorang cahaya mata. 

Jelas Boy, selain dapat berfikir kembali keputusannya itu dia kini sudah bersedia berbuat demikian kerana sudah tidak ada jalan untuk menyelamatkan rumah tangga mereka itu.

"Isteri meminta saya mempercepatkan proses perceraian kami tetapi saya tidak mahu menceraikannya di luar mahkamah dan mahu mengikut saluran betul," katanya.

Sementara itu, mengenai Effa, Boy berkata, masih terlalu awal untuk bercakap mengenai hubungan mereka namun tidak menyangkal mereka sedang mengenali hati budi masing-masing.

"Sebenarnya saya sudah lama mengenali Effa tetapi kembali bertemu ketika menghadiri majlis perkahwinan kakaknya, Yaya Maembong akhir tahun lalu.

Kami kembali rapat sejak tiga bulan lalu selepas saya meminta nombor telefonnya daripada adiknya, Emma Maembong.

"Buat masa ini saya selesa berkawan rapat dengannya dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Effa seorang yang baik dan memahami saya dan sentiasa berada di sisi saya ketika berada dalam kesusahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Boy berkata, dia dan Effa bakal bekerjasama untuk membuka sebuah tapak gerai menjual pakaian jenama masing-masing di Pudu Uptown Kuala Lumpur pada 1 Jun depan.

Tags / Kata Kunci: Boy Iman , Effa Maembong.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan