'Banting' Filem Melayu Singapura Pertama Selepas 40 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 8 Mei 2015 12:33 AM

Barisan pelakon filem Banting dari kiri Jimmy Taenaka, Osman Zailani, Izyan Mellyna dan Mastura Ahmad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem terbitan Singapura berjudul Banting iaitu M. Raihan Halim tidak menyangka naskhah arahannya itu berjaya menembusi pasaran Malaysia.

M. Raihan berkata, segala usaha bagi menghasilkan filem berbahasa Melayu pertama negara itu selepas 40 tahun akhirnya terbayar biarpun tidak pernah meletakkan sebarang sasaran untuk memasarkan naskhah itu di Malaysia.

"Saya sangat teruja apabila diberi kepercayaan untuk mengarahkan filem berbahasa Melayu pertama Singapura selepas 40 tahun dan tidak pernah menyangka pihak Grand Brilliance sudi menayangkan karya ini di Malaysia.

"Papahan Film hanya sebuah produksi kecil tetapi mempunyai cita-cita besar dan Banting adalah bukti kesungguhan kami untuk membangkitkan kembali penerbitan filem Melayu di Singapura," katanya kepada mStar Online.

Pengarah filem Banting, M. Raihan Halim.

M. Raihan ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di TGV One Utama Selasa lalu.

Banting
menampilkan barisan pelakon seperti Izyan Mellyna, Mastura Ahmad, Fauzie Laily, Osman Zailani dan Jimmy Taenaka dan sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, M. Raihan berkata, sudah tiba masanya produksi di Singapura bergiat aktif dalam penghasilan lebih banyak filem berbahasa Melayu pada masa hadapan.

Ini kerana sebagai pengarah dia tidak mahu ketinggalan dan mengakui cemburu melihat kepesatan industri filem di negara ini.

"Malaysia sangat bertuah kerana industri perfileman jauh lebih maju daripada Singapura dan banyak perkara boleh dipelajari daripada Malaysia," ujarnya.

Pelakon utama filem itu Izyan Mellyna.

Bercakap mengenai Banting, M. Raihan berkata, dia memilih untuk mengangkat tema mengenai seorang gadis Muslim berhijab yang meminati sukan gusti kerana ingin memaparkan mesej positif bahawa golongan itu juga mampu melakukan apa yang diinginkan.

Malah dia memilih gusti sebagai latar kepada penceritaan kerana ingin menghasilkan kelainan dalam memberi aura berbeza kepada jalan cerita yang ingin disampaikan.

"Saya boleh hasilkan sebuah filem dengan menggunakan formula seperti filem Barat tetapi ia membosankan dan sebab itu saya memilih menampilkan kisah seorang wanita Islam dengan mesej positif.

"Alhamdulillah semasa ia ditayangkan di Singapura Oktober tahun lalu ia mendapat maklum balas positif dan berharap perkara sama akan berlaku di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Raihan berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran terhadap Banting sebaliknya berpuas hati sekiranya filem ini dapat diterima baik oleh penonton.

Malah katanya, dia yakin Banting dapat diterima baik penonton Malaysia kerana budaya masyarakat di negara ini dan Singapura tidak jauh berbeza.

"Filem ini mempunyai mesej umum dan boleh difahami oleh semua golongan apatah lagi masyarakat di Malaysia yang tidak jauh beza dengan Singapura.

"Selain ia menghiburkan saya berharap mesej bagaimana kejujuran kepada diri sendiri dan bebas dari tanggapan keluarga dan masyarakat terhadap wanita bertudung itu sampai menerusi filem ini," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Banting.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan