Johan As'ari Tiada Niat Cari Gaduh Pemilik Myvi - Berita Hiburan | mStar

Johan As'ari Tiada Niat Cari Gaduh Pemilik Myvi

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 1:25 PM

Johan Asari

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Johan As'ari tidak berhasrat menimbulkan kemarahan pemilik kenderaan Myvi selepas menuat naik video menasihati pemandu kenderaan itu agar mementingkan keselamatan.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari, 29, menjelaskan tujuannya memuat naik video itu pada Rabu untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya supaya tidak mementingkan diri ketika memandu.

"Satu Malaysia telah maklum tentang kemalangan di Lebuh Raya  DUKE yang mengorbankan tiga nyawa berpunca daripada pemandu Myvi.  Sebagai rakyat negara ini saya ingin bertegas untuk memberi pandangan melalui cara yang tersendiri.

"Saya bukan hendak mencari fasal dengan pengguna Myvi tetapi disebabkan isu tersebut menjadi perbualan ramai sekarang dan bila saya sebut kereta lain ia mungkin tidak menarik.

"Mengenai perkara itu bukan saya nak kata pemandu Myvi teruk tetapi saya cuma ingin memberi nasihat kepada umum," katanya kepada mStar Online  ketika dihubungi pada Khamis.

Johan diminta penjelasan selepas dia memuat naik video menasihati pemandu Myvi di laman sosial Instagram miliknya sehingga mengundang kritikan daripada peminat.

Johan AS'ari
Johan telah memadamkan video di Instagramnya untuk elak kontroversi.

Dalam video yang dimuat naik itu Johan berkata: "Eh kau budak Myvi ea? Engkau jangan buat hal! Aku tumbuk muka kau kang! Kau bawa kereta tu hati-hati sikit memandu, kalau tak larat bawa kereta laju-laju bawa ketengah kiri pun boleh. Engkau jangan buat hal kau budak myvi ea? Aku tumbuk muka kau."

Bagaimanapun video itu dikeluarkan pada tengah hari Khamis.

Tambah Johan lagi, dia ingin memberi nasihat kepada pengguna jalan raya supaya menitikberatkan keselamatan pengguna lain ketika berada di jalan raya dan tidak mementingkan diri sendiri.

"Apa yang saya hendak sampaikan ini sebenarnya positif dan tidak ada sifat dengki terhadap sesiapa kerana orang yang bijak mereka akan faham dan saya bercakap menggunakan otak," jelasnya.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia bukan ingin mencari publisiti murahan mengenai perkara ini dan memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dan salah faham mengenai video yang dimuat naik itu.

Terdahulu pada Sabtu lalu, Fairuz Nizam, 35, isterinya Nova Safitri, 27, serta seorang anak perempuan mereka berusia tujuh bulan, Nur Annisa Firuza tercampak keluar dari kenderaan selepas dirempuh Myvi yang dikatakan sedang berlumba di lebuhraya DUKE.

Fairuz Nizam meninggal dunia di tempat kejadian manakala Nova Safitri dan Nur Firuza meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur.

Semasa kemalangan, ketiga-tiga mereka dilaporkan dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan di Putrajaya.

Akibat kejadian itu, Nur Firuza Amira dan adiknya, Nur Firuza Akila, 3, menjadi anak yatim piatu dan peristiwa menimpa keluarga mereka mendapat perhatian daripada masyarakat.
Tags / Kata Kunci: Johan Asari
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan