Amir (Raja Lawak) Naik Angin Diumpan Peniaga MLM

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 5:32 AM

Amir (Raja Lawak)

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak Amir (Raja Lawak) bengang apabila diperdayakan individu kononnya mahu memberikan dia tawaran pengacara tetapi akhirnya dijemput menjadi ahli skim jualan langsung (MLM) sebuah produk kecantikan.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27 berkata, dia sedikit terkilan dengan situasi tersebut memandangkan cukup teruja untuk berbincang mengenai projek pengacaraan itu namun terpaksa mendengar penerangan perniagaan produk berkenaan pula.

"Mula-mula individu itu menghantar mesej menerusi WhatsApp bercakap mengenai tawaran mengacara. Dan dia ingin berjumpa dengan saya secepat mungkin.

"Bayangkan saya balik dari penggambaran dengan badan berpeluh-peluh terus berjumpa dengan individu tersebut.

"Apabila melihat dia mengeluarkan fail daripada begnya, saya dah agak ada benda yang tidak kena. Tiba-tiba dia bersama-sama dengan rakannya bercakap cara perniagaan MLM pula. Bengang saya dibuatnya," katanya kepada mStar Online.



Tambah Amir, lebih mengejutkan apabila dia ditegur kerana bermain dengan telefon bimbitnya ketika mereka sedang memberi penerangan.

"Sepatutnya saya yang marah mereka kerana menipu. Lain pula jadinya, saya yang dimarah kerana tidak memberi fokus terhadap penerangan mereka," ujarnya.

Sementara itu, Amir berkata, mana-mana pihak yang menjalani perniagaan tersebut diharap lebih jujur apabila mengajak orang ramai menyertai perniagaan mereka. Ini kerana, ramai yang tidak senang dengan konsep 'penipuan sementara' yang digunakan golongan peniaga tersebut untuk menarik perhatian orang.

"Usahlah menipu semata-mata mahu mengajak orang berniaga. Jika anda yakin dengan produk yang diniagakan, tidak perlu takut untuk mempromosikannya secara berhemah.

"Apatah lagi sekarang ini banyak medium di laman sosial terutamanya yang boleh mempromosikan perniagaan masing-masing," tegasnya.

Sementara itu, Amir memberitahu akan membuka gerai roti bakar di Sri Gombak dekat sini tidak lama lagi.

Dalam perkembangan lain, Amir baru saja selesai menjalani penggambaran Jangan Pening untuk siaran RTM.
Tags / Kata Kunci: Amir (Raja Lawak)

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan