Adi Putra Dilarang Berlakon Enam Bulan

Diterbitkan: Khamis, 7 Mei 2015 5:30 AM

Adi Putra

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Adi Putra terpaksa berehat selama enam bulan daripada bidang lakonan akibat daripada kecederaan 'slipped disc' yang dialaminya.

Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera, 34, berkata, dia dilarang oleh doktor untuk melakukan kerja-kerja berat dan perlu melakukan rawatan susulan secara berterusan.

"Saya terpaksa berehat daripada berlakon selama enam bulan walaupun melakonkan  watak yang tidak melibatkan aksi juga harus dielakkan.

"Buat masa sekarang penyakit itu tidaklah teruk tetapi cuma saya harus rajin untuk melakukan rawatan susulan kerana rawatan ini mengambil masa yang lama untuk sembuh," katanya kepada mStar Online.

Adi ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu berjudul Suami Aku Ustaz yang diadakan di Cathay Cineplex, di sini pada Selasa.

Filem bergenre cinta arahannya bersama Ghaz Abu Bakar itu dibintangi pelakon Izzue Islam, Betty Rahmad, Jue Aziz, Liza Abdullah, Razak Ahmad dan Kamaliah Mat Don.


'Slipped disc' adalah penyakit yang berlaku pada bahagian tulang belakang dan  kesakitan berlaku apabila cakera tersebut menekan pada saraf yang terjejas dan akan menyebabkan pesakit sukar untuk berdiri dan berjalan.

Dalam pada itu tambah Adi,  dia memperoleh banyak tawaran berlakon namun terpaksa menolaknya akibat masalah berkenaan walaupun mendapat watak yang disukainya.

"Semenjak bulan Mac lalu saya tidak lagi mengambil sebarang tawaran lakonan kerana memikirkan masalah kesihatan yang dialami ini kerana takut ia boleh memberi masalah kepada pihak produksi bila sudah mula penggambaran nanti," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Adi berkata dia kini sedang melakukan kerja amal untuk membantu mualaf ke Tanah Suci, Mekah mengejarkan ibadah umrah.

"Saya kini sedang mengumpul dana untuk membantu 30 mualaf yang berdaftar mengerjakan ibadah umrah dengan memberi tajaan seratus peratus kepada mereka," katanya.

Sementara itu mengenai filem Suami Aku Ustaz ia menceritakan mengenai Alisa yang dipaksa bernikah dengan sepupunya merangkap guru agama apabila ibu bapanya ingin mengerjakan haji.

Dilema bermula setelah mereka berkahwin apabila Alisa  perlu menyembunyikan statusnya sebagai seorang isteri di sekolah daripada diketahui oleh orang lain termasuk rakan baiknya sendiri.

Filem itu bakal menemui penonton pada 14 Mei ini.
Tags / Kata Kunci: Adi Putra

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Kolumnis

iklan

Iklan