Fahrin Ahmad Jarang Jumpa Bakal Isteri Elak Fitnah

Diterbitkan: Rabu, 6 Mei 2015 5:32 AM

Ceria wajah Fahrin untuk bergelar suami pada Sabtu ini.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Fahrin Ahmad berkata, percintaannya dengan bakal isteri amat mencabar kerana mereka jarang bertemu selain enggan ia menjadi bualan orang.

"Agak mencabar, tetapi kami bukan bercinta seperti pasangan lain. Sebaliknya kami jarang berjumpa. Saya rasa lebih baik cara itu,” katanya kepada mStar Online.

Fahrin dan bakal isteri yang dirahsiakan identitinya itu bakal bernikah di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini pada Sabtu ini yang dijadual berlangsung pukul 10 pagi.



Pengumuman pernikahan itu dibuat Fahrin di Flora Terrace, Hampshire Place di sini pada Selasa.

Beliau juga meminta pihak media agar bersabar sehingga Sabtu ini untuk melihat siapakah isterinya itu.

Tambah Fahrin, bakal isterinya seorang yang memahami dirinya selain berfikiran bijak.

"Mujurlah pasangan saya itu faham dan Alhamdulillah, saya akan menerima seorang isteri yang bijak dan tenang orangnya," ujar Fahrin.

Dalam pada itu Fahrin menegaskan pengumuman pernikahan yang dibuat pada Selasa bukan kerana ingin menutup spekulasi yang timbul mengenai hubungannya dengan aktres Izreen Azminda.

Dia tidak pernah berniat untuk menutup gosip tersebut sebaliknya sudah merancang lebih awal membuat persiapan perkahwinan sejak akhir tahun lalu.

"Selepas saya dan pasangan bersetuju untuk berkahwin, keluarga saya bertemu dengan keluarganya untuk membuat perbincangan lanjut.

"Dan pengumuman pernikahan ini langsung tiada kaitan mahu menutup gosip-gosip cinta yang timbul. Saya dan Izreen hanya kawan rapat, tidak lebih daripada itu," katanya.

Izreen Azminda dikaitkan punyai hubungan dengan Fahrin Ahmad.

Terdahulu, Fahrin dan Izreen dikatakan mula rapat apabila mereka sama-sama membintangi drama Eksperimen Cinta terbitan Zeel Production beberapa bulan lalu.

Namun tiada sebarang pengesahan yang dibuat daripada kedua-dua mereka.

Tags / Kata Kunci: Fahrin Ahmad

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan