Sebuah Stesen Radio Mahu 'Pancing' Johan (Raja Lawak)

Diterbitkan: Selasa, 5 Mei 2015 5:32 AM

Johan (Raja Lawak) memberitahu banyak menerima tawaran daripada stesen radio lain yang ingin mendapatkan khidmatnya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Johan (Raja Lawak) mengakui ada menerima beberapa tawaran untuk menjadi penyampai radio di stesen lain yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Johan atau nama sebenarnya Muhammad Yazid Lim, 31, bagaimanapun berkata, dia terpaksa melupakan semua tawaran tersebut kerana masih mempunyai kontrak bersama Era FM yang hanya akan berakhir pada tahun hadapan.

"Alhamdulillah saya banyak menerima tawaran daripada stesen radio lain walaupun saya masih mempunyai kontrak bersama stesen radio sekarang.

"Kalau nak diikutkan semua stesen radio ada memberi tawaran termasuk saluran radio dalam talian (online) tetapi terpaksa tolak secara baik," katanya kepada mStar Online.

Tahun ini merupakan tahun keempatnya bersama Era FM dan Johan kini bertugas menerusi slot Johara Pagi Era bersama Hanif dan Ray pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Dalam pada itu, Johan berkata, dia tidak menolak untuk bersama dengan stesen radio lain sekiranya tawaran dan bayaran diberikan setimpal dengan kerja dilakukan.

"Ia sebenarnya bergantung kepada tawaran diberikan, jika sesuai dengan bayaran dan kemudahan disediakan saya akan pertimbangkan.

"Sebenarnya saya tidak kisah pun untuk menerima sebarang tawaran lain tetapi ia mestilah dapat membawa kerjaya saya ke peringkat lebih tinggi daripada sekarang," jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia kini aktif menerbitkan program dan drama dibawah syarikat produksinya iaitu JWH Production bagi memudahkannya kembali aktif dalam bidang lakonan.

Jelas Johan, sebagai penerbit dia boleh menyusun jadual penggambaran mengikut kesesuaian masanya tanpa perlu menyusahkan pihak lain.

"Dengan cari ini saya boleh buat semua perkara termasuk mengarah dan berlakon dalam projek terbitan syarikat saya mengikut kesesuaian jadual saya.

"Jadi saya tidak harus terikat dengan mana-mana syarat ataupun masalah disiplin kerana ini merupakan produksi sendiri," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Johan , Raja Lawak.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan