Novel Kontroversi Black Widow Diterbit Semula

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 5:30 AM

Raja Azmi bersama peminat-peminat novel Black Widow di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penerbit filem, Raja Azmi Raja Sulaiman bersyukur apabila novel nukilannya Black Widow diterbitkan semula selepas 22 tahun ia tidak dipasarkan.

Raja Azmi, 56, berkata, novel tersebut mendapat permintaan yang amat tinggi sehinggakan ramai peminatnya mahu Black Widow diterbitkan semula.

“Sejak beberapa tahun lepas sehingga sekarang, di mana sahaja saya pergi orang akan bertanyakan mengenai novel ini.

“Saya memang dah tak boleh lari daripada gelaran Black Widow sehinggakan anak kepada U-Wei (pengarah filem) memangil saya dengan gelaran itu,” katanya kepada mStar Online.



Raja Azmi ditemui pada majlis pelancaran novel Black Widow di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 (PBAKL) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu. Novel tersebut diterbitkan oleh Merpati Jingga.

Tambah Raja Azmi, dia tidak teragak-agak apabila pihak Merpati Jingga meminta kebenaran untuk mencetak semula novel tersebut bagi generasi akan datang.

“Saya pelik ada pelajar yang memaklumkan pada saya yang dia betul-betul minat pada novel ini sedangkan dia masih muda. Rupa-rupanya novel tersebut milik ibunya suatu ketika dulu.

“Baru-baru ni bila penerbit meminta untuk menerbitkan semula novel ini, saya tidak berfikir panjang dan terus setuju kerana bersyukur masih ada pihak yang mahu terbitkan,” katanya.

Terdahulu, novel Black Widow yang dikeluarkan pada tahun 1993 ini mendapat sambutan yang luar biasa kerana sebanyak 70,000 naskah terjual dalam tempoh sebulan di pasarkan.

Novel tersebut pernah menjadi kontroversi berikutan isi kandungan yang mempunyai unsur-unsur seksual. 

Peminat buku boleh mendapatkan novel ini di PBAKL yang berlangsung di PWTC sehingga Ahad (hari ini) yang dijual pada harga RM21.

Tags / Kata Kunci: Raja Azmi

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan