Jojie Tidak Kisah Bakal Suami 14 Tahun Lebih Muda

Diterbitkan: Ahad, 3 Mei 2015 4:30 AM

Jojie Aminuddin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kakak kepada penyanyi rock Ella iaitu Jojie Aminuddin, 50, menyifatkan jarak usia antaranya dengan bakal suami, Syahrizal Ismail, 36, bukan satu penghalang untuk mereka saling memahami.

Jojie yang bakal berkahwin dengan pengurus acara itu pada Jun ini berkata, ia bukanlah satu masalah bagi mereka apatah lagi apabila kedua-dua belah pihak keluarga merestui perhubungan mereka.

"Faktor usia bukan satu masalah kerana Syahrizal seorang yang matang. Malah ada masanya dia lebih matang daripada saya.

"Sudah setahun kami berkenalan dan sikapnya yang bersederhana dan sering menjaga solat membuatkan saya terpikat dengannya. Saya memang mencari seorang yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan," katanya.

Jojie dan Syahrizal bakal berkahwin Jun ini.

Menurut Jojie, Syahrizal sudah pun menghantar rombongan merisik baru-baru ini namun masih lagi belum menetapkan tarikh pernikahan yang sesuai.

Sementara itu, Syahrizal pula berkata, sikap Jojie yang tidak terlalu mengongkong serta pandai membawa diri membuatkan dia jatuh hati dengan wanita itu.

"Sebagai seorang yang bekerja di bahagian korporat, saya sering berurusan dengan ramai orang dan saya melihat Jojie adalah calon isteri yang sesuai kerana dia memahami saya.

"Tambah pula dia pandai masak tau. Tetapi saya tidak mahu dia kerap masak kerana mahu dia hidup selesa di samping saya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Jojie Aminuddin

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan