Azwan Ali Rasa Bersalah Terhadap Julie Dahlan

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 5:30 AM

Azwan Ali

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Personaliti Azwan Ali meluahkan rasa bersalah terhadap Allahyarham Julie Dahlan sewaktu pengkebumian jenazah pada pagi Jumaat.

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, 49, berkata, perasaan itu muncul apabila dia mengenang semula sesi temuramah bersama Allahyarham di dalam program CitCat suatu ketika dahulu yang mengundang kontroversi sehingga menaikkan rating. 

“Saya berasa sangat sebak kerana dalam program CitCat dulu, banyak soalan laser saya tanyakan kepada arwah dan rasa sangat berdosa, tetapi saya tahu dia maafkan saya.

“Arwah pernah beritahu yang dia tidak kisah dengan soalan tersebut tetapi disebabkan soalan itu, jawapan yang diberikan olehnya menaikkan rating program,” katanya kepada mStar Online

Selain itu, kata Azwan, pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kerana beliau antara individu yang melihat bakatnya dalam bidang lakonan dan menaikkan nama Azwan dalam industri seni sehingga masa kini.

Azwan Ali memuat naik foto lamanya bersama Allahyarham Julie Dahlan di Instagram.

“Saya amat terasa kehilangan arwah dan tetap mengkagumi beliau berbanding penerbit filem lain kerana kebanyakan penerbit tidak nampak bakat saya. 

“Arwah merupakan penerbit pertama yang memberi tawaran kepada saya untuk berlakon dalam filem Harry Boy dan membawa saya hingga ke Pulau Tioman,” katanya.

Sementara itu, anak-anak Allahyarham pula menyifatkan ibu mereka sebagai seorang Iron Lady kerana tegas dan komited dalam setiap urusan yang dilakukan. Anak lelaki beliau, Muhammad Hairi, 39 berkata, ibunya seorang yang berprinsip dan sayang dengan industri perfileman yang diceburinya.

 “Mama mempunyai ciri-ciri Iron Lady dimana dia seorang yang tegas, berprinsip dan mempunyai ideologinya tersendiri dalam filem dan drama.

“Dia juga seorang ibu yang penyanyang dan jika ada skrip yang bagus dia akan teruskan hasilkan filem serta drama tersebut tanpa terlalu memikirkan soal kewangan” katanya.

Julie Dahlan

Selain itu, anak bongsu arwah, Siti Hani Nur Zara, 34 berkata ibunya seorang yang kuat kerana selalu menahan kesakitan dan merahsiakan daripada ahli keluarga yang lain.

Allahyarham dikatakan tidak suka menagih simpati dan sering meminta supaya keadaan kesihatannya tidak dihebohkan kepada orang ramai.

“Mama sangat kuat walaupun dia muntah sebelum dihantar ke Hospital, dia tetap cakap dia tidak muntah dan dia okay seperti tiada apa-apa berlaku.

“Jururawat juga ada ceritakan pada saya yang mama ada beritahu tak nak susahkan saya dan dia selalu sorok kalau dia sakit dan tidak mahu menagih simpati,” katanya.

Allahyarham Julie, meninggal dunia kira-kitra pukul 8 malam pada Khamis akibat penyakit buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Beliau pernah menerbitkan filem yang menjadi fenomena antaranya seperti Wira Angkasa (1987), Harry Boy (1991), Driving School (1990) dan Terakhir Cinta Metropolitan (1996).

Malah Allahyarham turut popular menerusi lakonannya dalam filem Si Badol (1979), Idola (2002) dan Cicakman 2: Planet Hitam (2008).
Tags / Kata Kunci: Azwan Ali , Julie Dahlan

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan