Amelina Tidak Akan Menyanyi Sampai Tua

Diterbitkan: Sabtu, 2 Mei 2015 5:00 AM

Amelina

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Amelina menyifatkan kerjaya nyanyiannya yang baru dibina hanya bersifat sementara sahaja memandangkan dia tidak berniat untuk terlibat dalam dunia nyanyian sehingga ke usa tua.

Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, muzik dangdut yang dibawakannya itu tidak sesuai untuk dinyanyikan apabila dirinya berusia lebih 50 tahun.

"Rasa tak manis pula apabila dah tua-tua, saya masih menyanyikan lagu-lagu dangdut.


"Kerana itu saya anggap yang saya tidak akan menyanyi selama-lamanya. Tetapi buat masa sekarang, saya perlukan industri (muzik) kerana ia menjadi sumber pendapatan saya bagi membesarkan anak-anak," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, Amelina bakal muncul dengan sebuah album tidak lama lagi  mengetengahkan muzik dangdut yang lebih segar.

Katanya, dia akan menggabungkan elemen muzik dangdut lama dan baru supaya peminat-peminatnya tidak berasa janggal dengan konsep muzik yang dibawakan.

"Sebelum ini untuk single lagu pertama, Ah Ah, yang disusun dengan muzik yang lebih segar, peminat-peminat menyukainya tetapi mereka lebih sukakan versi yang asli.

"Kerana itu, pada album baru akan datang, saya masih lagi mengekalkan konsep muzik dangdut dahulu dengan suntikan  yang lebih segar," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Amelina

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan