Muzik Video Najwa Mahiaddin Tertangguh Bersebab - Berita Hiburan | mStar

Muzik Video Najwa Mahiaddin Tertangguh Bersebab

Diterbitkan: Jumaat, 1 Mei 2015 5:30 AM

Najwa Mahiaddin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Najwa Mahiaddin menepis dakwaan yang mengatakan muzik videonya iaitu Seri Mersing merupakan produk yang terlalu istimewa sehingga penerbitannya tertangguh selepas setahun dilancarkan.

Najwa, 28 berkata  penanguhan muzik video tersebut disebabkan bagi memberi laluan kepada syarikat Sony Music Malaysia menguruskan muzik video dan album terbarunya.

"Sebenarnya tak adalah terlalu istimewa sehingga saya menangguhkan muzik video ini dan membiarkan peminat ternanti-nanti, cuma kami perlu ikut percaturan waktu yang sesuai.

"Dulu saya bergerak secara ‘indie’ menerusi syarikat sendiri, Nada Biru Muzik Sdn. Bhd tetapi kini kami bekerjasama dengan Sony Music dan mereka akan keluarkan album serta muzik video Seri Mersing dalam masa terdekat ini,” katanya pada mStar Online.

Najwa Mahiaddin

Najwa menjelaskan dia berhasrat untuk memuat naik muzik video tersebut menerusi YouTube sebelum ini namun pihak Sony mencadangkan supaya diletakkan di dalam akaun VEVO.

"Pada awalnya semasa pelancaran album saya judul Aurora bersama single Seri Mersing dibuat sepenuhnya oleh syarikat sendiri jadi saya memang berniat nak masukkan muzik video ke akaun YouTube.

"Tetapi selepas saja pelancaran itu, pihak Sony berminat untuk menjalinkan kerjasama dan masukkan muzik video tersebut ke dalam akaun rasmi VEVO,” katanya.

Berikutan hal itu, Najwa mengambil tindakan untuk menangguhkan penerbitan muzik video tersebut kerana dia tidak mahu lagu berkenaan berada di dua akaun yang berbeza.
Tags / Kata Kunci: Najwa Mahiaddin
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan