Kenali Tuan Asmawi, Pemilik Suara Latar Selepas Azan

Diterbitkan: Khamis, 30 April 2015 12:32 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Disebalik kemerduan suara latar bacaan doa selepas azan  di saluran RTM, tiada siapa menyangka pemilik suara lunak itu adalah dialunkan anak jati Terengganu.

Berdasarkan kepada suaranya itu, Tuan Asmawi Tuan Umar, 40, turut disangka berbadan besar namun ia sebenarnya adalah teknik alunan suara yang disesuaikan untuk visual berkenaan.

"Suara yang serak ‘husky’ selalu dikatakan milik orang yang berbadan besar namun sebenarnya itu adalah suara saya yang dirakamkan pada 1997”.

“Teknik suara yang kedengaran seperti menimbulkan rasa insaf di dalam doa tersebut adalah satu anugerah yang Allah berikan kepada saya dan Alhamdulillah ia sentiasa diingati oleh semua umat Islam di Malaysia,” katanya kepada mStar Online.

Selain itu, menurut Tuan Asmawi, suaranya digunakan untuk projek tertentu oleh lapan negara Arab termasuklah pengumuman di dalam pesawat antarabangsa Qatar Airways suatu ketika dahulu.

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) juga pernah menggunakan suaranya dalam pesawat selama dua tahun.

Tuan Asmawi memulakan kerjayanya sebagai juruhebah sambilan di RTM Kuala Terengganu.

Tuan Asmawi berkata penglibatannya dalam bidang seni suara bermula ketika menjadi juruhebah sambilan ketika melanjutkan pengajian di peringkat diploma kesusasteraan dan bahasa Arab di Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (kini Universiti Sultan Zainal Abidin), Terengganu.

“Saya bermula dengan menjadi juruhebah sementara di RTM Terengganu dan pada waktu itu sedang menjalani diploma tahun satu pada tahun 1993,” katanya sambil menambah juruhebah merupakan cita-citanya sejak kecil.

Menurutnya, tidak ada jalan mudah untuk berjaya kerana setiap liku yang ditempuh banyak mengajarnya untuk terus kekal dalam industri suara latar sehingga kini.

Berkongsi pengalamannya dalam melatih diri untuk menghasilkan variasi suara, Tuan Asmawi sering bercakap seorang diri semasa menunggang motosikal ketika menjadi mahasiswa.

Kini beliau antara pelopor suara latar terkemuka di Malaysia dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris serta Arab dan sudah menyumbang pelbagai variasi suara.

Dalam perkembangan lain, beliau yang berkhidmat sebagai pegawai perhubungan awam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah menerima cuti sementara bagi menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam pengajian Bahasa Arab.

Pada masa yang sama, beliau menyambung pembelajaran dalam diploma penterjemahan yang dikelolakan oleh Persatuan Penterjemah Malaysia serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Selain itu, beliau juga turut mengendalikan program dokumentari Syahadah di TV1 sejak tahun 2005 serta menjadi pelakon drama radio.

Bersama bakat yang dikurniakan juga, Tuan Asmawi sering diundang untuk menjadi penyampai dalam acara VIP dan diberi kepercayaan untuk menjadi pengulas bagi majlis kemangkatan VIP dan diraja.

Antaranya termasuklah kemangkatan Almarhum yang di Pertuan Agong ke-11, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood iaitu isteri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Penghormatan tertinggi yang pernah diterima sepanjang penglibatan dalam industri ini apabila beliau terpilih untuk menjadi juri di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2004, 2005 dan 2006.
Tags / Kata Kunci: Tuan Asmawi

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan