Sofi Jikan Pakai Pendakap Gigi, Baru Yakin Jadi Penyanyi

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 5:31 AM

Sofi Jikan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jika orang lain mengambil kelas vokal sebagai persediaan menjadi penyayi, lain pula bagi pelakon Sofi Jikan yang mahu memakai pendakap gigi agar dirinya lebih yakin mencerburi bidang baru itu.

Sofi atau nama sebenarnya Muhammad Soffi Jikan, 45, berkata, perkara tersebut   dilakukukannya selepas menyedari bentuk giginya tidak tersusun yang mungkin memberi kesan negatif kepada penonton.

"Sebenarnya sudah lama saya berniat memperbetulkan keadaan gigi saya kerana saya sedar ia tidak cantik dan kedudukannya tidak teratur.

"Dulu banyak halangan kerana terikat dengan watak-watak jahat dan purba, jadi hasrat itu tertangguh.

"Apabila saya berehat daripada berlakon tahun lalu, pada bulan Jun (2014) saya pasang pendakap gigi. Kini saya rasa lebih yakin untuk buat persembahan dan bercakap dengan orang," ujarnya kepada mStar Online.

Imej terbaharu Sofi Jikan.

Tambah Sofi, dia sedar tentang kepentingan dalam menjaga penampilan terutamanya apabila bergelar penyanyi.

"Bila jadi penyanyi ini kita banyak kena jumpa orang, kalau berlakon kita hanya depan kamera sahaja.

"Lagi pula kalau ambil gambar kita sedang menyanyi mesti nampak gigi. Saya fikir gigi adalah perkara paling utama yang orang nampak terhadap penampilan seseorang penyanyi," ujarnya.

Sofi berkata, dia akan memakai pendakap gigi tersebut dalam tempoh dua tahun.

Dalam pada itu, Sofi yang baharu melancarkan album pertamanya berjudul Kasi Sengat pada Oktober tahun lalu mengakui sukar melalui proses rakaman.

Dia mengambil masa lebih empat jam untuk merakam sebuah lagu di studio.

"Saya menangis ketika rakam lagu pertama iaitu Kasi Sengat kerana saya rasa terlalu susah dan menyesal pula menyanyi.

"Saya ingat menyanyi tu senang saja, lagu pertama saya ambil masa lebih empat jam untuk rakaman, nasib baik juga komposer Edrie Hashim bagi semangat," ujarnya.

Album Kasi Sengat turut memuatkan tujuh buah lagu antaranya Madu, Kasi Sengat, Raja Gunung Kertas, Adi Genius dan Batu Dalam Sepatu. 
Tags / Kata Kunci: Sofi Jikan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan