Sharnaaz Ahmad Mulai Sayang Jambangnya

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 12:30 PM

Sharnaaz semakin selesa berjambang.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad mulai sayangkan jambang disimpannya walaupun ada pihak yang mempersendakan langkah itu kononnya cuba meniru personaliti fesyen, Wak Doyok.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, berkata, dia hanya akan mengambil langkah mencukur jambang tersebut sekiranya tidak sesuai untuk watak yang bakal dibawa untuk projek seterusnya.

“Saya simpan jambang bukan untuk suka-suka tetapi atas dasar kerja sebagai seorang pelakon untuk menjayakan telefilem Hidupku Solatku Matiku.

"Insya-Allah untuk telefilem seterusnya, tengoklah sesuai atau tidak penampilan saya macam ni… Kalau tak sesuai, saya potong tapi sayanglah pulak,” katanya kepada mStar Online.

Imej Sharnaaz Ahmad ketika hadir pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) pada 5 April lalu.

Dalam pada itu, bercerita mengenai sesetengah pihak yang cuba samakan jambangnya dengan Wak Doyok, Shanaaz melahirkan rasa kecewa kerana ramai lagi ikon jambang yang boleh dijadikan contoh.

Dia juga sudah malas nak ambil peduli kerana jambang yang disimpan itu hanya untuk watak dalam sebuah lakonan dan ia tiada kaitan dengan mana-mana individu.

“Saya pun tak faham kenapa orang nak samakan saya dengan Wak Doyok sedangkan ramai lagi orang lain yang berjambang.

“Tak kisahlah nak bandingkan kami berdua ke macam mana, mulut manusia tak boleh tutup tapi saya simpan jambang untuk lakonan,” katanya.

Mengenai telefilem Hidupku Solatku Matiku arahan Raja Ahmad Alauddin, Sharnaaz memberitahu ia turut dibintangi Fasha Sandha dan Puteri Balqis.

Ia bakal ditayangkan di Astro Oasis tidak lama lagi.
Tags / Kata Kunci: Sharnaaz Ahmad

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan