Fadilah Mansor Tunjuk Bakat Dalam '50 Tahun Konsert Orkes Nirwana'

Diterbitkan: Rabu, 29 April 2015 5:30 AM

Konsert Orkes Nirwana sempena 50 tahun kumpulan itu dalam industri muzik tanah air.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk A. Rahman Hassan bakal menampilkan isterinya pelakon Fadilah Mansor, 54, dalam konsert istimewa sempena 50 tahun Orkes Nirwana dalam industri seni tanah air.

Konsert Orkes Nirwana Jubli Emas A. Rahman Hassan akan berlangsung pada 6 dan 7 Jun depan di Panggung Sari, Istana Budaya di sini.

A. Rahman, 69, berkata, dia yakin bakat nyanyian yang ada pada isterinya itu untuk dipersembahkan pada malam konsert tersebut bersama kumpulannya Nirwana.

"Orang selalu nampak dia berlakon sahaja tetapi sebenarnya dia boleh menyanyi dengan baik. Oleh itu saya tawarkan dia untuk menyanyi bersama pada konsert ini.

"Ini merupakan peluang dan kesempatan yang bagus untuk ketengahkan dia bersama-sama kumpulan kami," ujarnya kepada mStar Online.

A Rahman Hassan dan isterinya Fadilah Mansor akan bergabung dalam Konsert Orkes Nirwana Jubli Emas pada Jun depan.

A. Rahman ditemui pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya, di sini, pada Selasa.

Nirwana turut dianggotai oleh E Elias, B. Badrun, A Rozie Ashari, M Radzi Jamil dan Azim Talha.

Selain isteri, anak penyanyi itu, Ilmy Rahman bakal tampil dengan bermain alat muzik dan menyanyi sebuah lagu pada konsert tersebut.

Sementara itu, A.Rahman bakal mengundang tiga artis jemputan iaitu Datuk Jefrey Din, Vernon Cornelius dan Cliff Richard bagi menjayakan persembahan berkenaan nanti.

Dia juga berhasrat menyanyikan lebih 20 buah lagu termasuk lagu hitnya iaitu Tak Mengapa, Semiga Berjaya, Bahagialah Hendaknya dan Hanya Untukmu.

Sementara itu, Fadilah berkata, agak gementar untuk pertama kali muncul sebagai penyanyi pada konsert itu nanti.

Dia bakal membawakan beberapa buah lagu termasuklah yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Azizah iaitu Syurga Idaman.

"Saya terkejut juga bila diajak menyanyi bersama dalam konsert itu. Pada mulanya saya selalu menyanyi secara suka-suka di rumah dan ada sesekali ikut suami buat persembahan pentas.

"Saya ambil peluang ini sebagai cabaran dan ruang untuk saya menyambung hasrat saya dahulu untuk jadi penyanyi," katanya.

Fadilah berkata, dia pernah terlibat hingga ke peringkat suku akhir Bintang Hiburan Minggu Ini pada tahun 1985.

mStar Default Image

Bagaimanapun, hasrat menjadi penyanyi terkubur selepas menumpukan perhatian terhadap bidang lakonan.

"Saya banyak mencuba nasib untuk memasuki bidang nyanyian namun nasib tidak menyebelahi saya.

"Saya pernah masuk pertandingan Bintang HMI yang ketika itu dimenangi oleh Ramlah Ram tetapi saya hanya layak ke suku akhir sahaja," ujarnya.

Rahman dan Fadilah Mansor berkahwin pada 25 Disember 2014.

Sebelum ini beliau pernah berkahwin dengan  penyanyi utama kumpulan Nirwana iaitu Azizah Mohamad yang meninggal dunia pada 26 April 2013 akibat penyakit kanser.

Tiket berharga RM53, RM103, RM123, RM163, RM203, RM253, RM303 dan RM430 boleh dibeli melalui www.ticket2u.biz

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan